Kuala Lumpur, 18 Ogos 2023 03:40pm. R.I.S.E Adalah satu program pemerkasaan ekonomi yang di cipta khas untuk membantu dan menyokong komuniti orang kurang upaya dan masyarakat terpinggir. Program ini dianjurkan oleh Maybank Malaysia bagi tujuan menjana pendapatan dan menggalakkan komuniti ini untuk berdikari. Program pemerkasaan ekonomi Maybank R.I.S.E. (Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship) ini telah memberikan impak positif bagi 19,385 peserta di Malaysia, Indonesia, Filipina serta Laos.

Para peserta program R.I.S.E ini telah berhasil mengubah hidup serta mampu mencipta kesan positif bagi keluarga maupun komuniti yang berada di keliling mereka. Ini dilakukan melalui krusus, fokus, pengajaran dan pemantauan dalam jangka masa yang panjang bagi memastikan semua peserta program ini mendapat bantuan yang berterusan dan mendapat cukup pengetahuan dari tenaga pengajar sukarelawan Maybank. Selain dari itu program ini juga di cipta untuk membina kemahiran dalam perniagaan untuk menjana pendapatan yang tinggi bagi mengubah taraf kehidupan kepada tahap yang lebih baik.

Ciri-ciri atau pun kunci utama yang di perkenalkan dalam program R.I.S.E ini adalah :-

  1. Krusus Keusahawanan secara amali
  2. Tidak mengenakan bayaran untuk proses permohonan
  3. Bimbingan oleh tenaga sukarela dari Maybank

Terdapat banyak bimbingan yang boleh didapati dari program ini. Sebelum ini R.I.S.E telah Berjaya melatih seramai 6,358 golongan orang kurang upaya dan masyarakat terpinggir di Malaysia. Ramai di antara mereka dapat mengubah cara kehidupan dahulu yang malap dan tidak menentu akibat dari ketidaktentuan punca pendapatan.

Di zaman yang serba mencabar ini, semua golongan masyarakat di galakkan berfikir secara positif dan kreatif untuk meneruskan kehidupan. Setiap individu terutama golongan yang kurang upaya dan terbiar sebagai contoh golongan gelandangan yang perlu mencari bantuan untuk mengubah nasib keluarga dan kehidupan. Oleh itu program seperti RISE ini perlu diperkenalkan kepada golongan sasar ini bagi memudahkan mereka untuk mendapat bantuan secepat mungkin. Sekiranya golongan kurang upaya dan terbiar ini tidak dapat mencari pihak yang mampu untuk menghulurkan bantuan, maka amatlah penting untuk para penganjur bertindak proaktif mencari mereka bagi menghulurkan bantuan.

Berilah sedikit kelegaan dan senyuman kepada mereka dengan kehadiran pihak yang benar-benar ingin mennghulurkan tangan. Berdiri dengan senyuman dan keikhlasan agar dapat menyerlahkan semangat ingin membantu kepada golongan ini .Program R.I.S.E Workshop yang di adakan pada hari ini iaitu 18 Ogos 2023 mengambil tempat di Balai Seni Menara Maybank.

Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 1.30 petang. Antara Icon penampilan khas untuk program kali ini adalah Usahawan tanjak, Nor Zaidah Binti Abd Rahman alumnai program SAY LEAD PRO dan juga ahli kepada Persatuan Orang Kurang Upaya (SOKU) Malaysia. SAY LEAD PRO di naungi oleh Duli Yang Teramat Mulia ( D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Seperti R.I.S.E, SAY LEAD PRO Malaysia adalah program seumpamanya yang memberikan fokus kepada golongan B40 dan komuniti orang kurang upaya . Turut hadir di program R.I.S.E hari ini adalah Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari yang juga merupakan penasihat kepada persatuan SOKU dan juga Ketua Jurulatih (Coach) program SAY Lead Pro yang hadir bagi memberikan sokongan kepada Nor Zaidah dan usahawan-usahawan dibawah bimbingannya.

Coach Megat ketika ditemuramah memberitahu R.I.S.E adalah satu platform yang amat baik untuk terus diperkasa dan seperti program SAY Lead Pro, R.I.S.E bukan sahaja berjaya membangunkan usahawan tetapi berjaya membangunkan ikon-ikon bisnes dikalangan golongan rentan. Ini adalah satu usaha yang harus terus dipergiat. Susulan dan bagi menyantuni usaha membantu golongan-golongan ini Coach Megat juga memberitahu bahawa pihaknya bersama beberapa buah syarikat (Stuck.My, Vibe.Com.My dan PrezCom.My) yang menjalankan aktiviti sukarelawan menawarkan khidmat bimbingan percuma dan bantuan teknikal kepada golongan rentan yang memerlukan.

Turut hadir di program R.I.S.E hari ini adalah. Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa (Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Kumpulan Yayasan Maybank), Datin Paduka Marina Mahathir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Maybank),  Shahril Azuar Jimin  (Ketua Pegawai Kemampanan Maybank) dan Izlyn Ramli  (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank).

Bagi yang berminat untuk mendapatkan sokongan dan bantuan, bolehlah bersama-sama menyertai komuniti ini di link yang berikut

#PrezCom