
Shah Alam, 18 Ogos 2023 01.00am. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 individu maut didalam nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina di Seksyen U16 pada jam 2.40 petang semalam. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat peribadi bernombor pendaftaran N28JV yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 2.50 petang dan sudah mendapat ‘clearence’ mendarat dua minit sebelum waktu pendaratan. CAAM juga melaporkan bahawa pesawat N28JV itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan atau mayday sebelum terhempas.
Mengikut senarai pendaftaran, penumpang yang sepatutnya berada di dalam pesawat itu adalah; Johari Harun (EXCO Pahang), Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Zaki, dan Idris Abdol Talib @ Ramali, manakala Kru pesawat terdiri daripada juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim. Selain itu sekurang-kurangnya dua (2) lagi mangsa kejadian turut terlibat yang melibatkan seorang penunggan motosikal, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah dan pemandu kereta yang kebetulan melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas. Setakat ini semua mangsa yang terlibat dengan insiden ini disahkan telah meninggal dunia.
Sementera itu, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata hampir semua 10 mayat telah dikenalpasti dan operasi akan berterusan 24 jam sehingga kesemua mayat nahas ditemui. Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah berjaya menemui perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kota hitam milik pesawat pada jam 10.20 malam semalam, manakala satu lagi komponen iaitu prakam data penerbangan (FDR) masih belum ditemui.
Pada pukul 5.40 petang semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar dulu meninjau lokasi kejadian dan turut berkenalan dan berbual dengan keluarga mangsa bagi menenangkan mereka.
Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan laluan keluar masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah ditutup buat sementara sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai. Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan sebarangan pertanyaan bolehlah diajukan ditalian Prolintas 180022888.
Menurut rekod ini adalah nahas pesawat terhempas kedua yang belaku dikawasan ini selepas 46 tahun tragedi Japan Airlines Flight 715 yang terhempas di sebuah bukit di Estate Elmina pada 27 September 1977 yang meragut lebih 34 nyawa.
#PrezCom