
Kuala Lumpur ,16 Ogos 2023 , 02.30 am. Kisah klasik purbawara biasanya mempunyai hubungkait dengan kehidupan .Ia di pentaskan untuk tontonan semua generasi dan golongan tua merupakan peminat utama kisah purbawara ini kerana mereka di anggap membesar di waktu persembahan teater sedang memuncak naik .Seni teater ini adalah salah satu seni bermain yang mempersembahkan cerita kehidupan nyata dan biasanya ia sarat dengan pesan , adat dan adab untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran kepada sesiapa yang menontonnya . Teater adalah cabang seni klasik yang lahir pada zaman Yunani . Secara specifik nya teater adalah sebuah seni drama yang menampilkan perilaku manusia dengan gerak , tarian , nyanyian yang dipersembahkan dengan dialog dan lakonan .Pada zaman dahulu teater adalah pentas pertunjukan dan pengertian lainnya dipanggil pentas sandiwara .
Pada 12 Ogos 2023 yang lalu ,rombongan wartawan PrezCom (PrezCom Media) yang di ketuai oleh Coach Ts.Megat Zainurul Anuar Bin Megat Johari serta Persatuan Sukarelawan Orang Kurang Upaya Malaysia (SOKU) telah bersama untuk menyaksikan Teater Purbawara “Batu Belah” di Dewan Tunku Abdul Rahman Matic di Jalan Ampang Kuala Lumpur .Prezcom adalah sebuah agensi portal berita yang telah diakreditasi oleh Jabatan Penerangan bagi menyampaikam berita-berita terkini di media sosial dan media atas talian manakala SOKU pula adalah Persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia yang lahir hasil daripada program SAY LEAD PRO iaitu satu program liga keusahawanan yang di naungi oleh Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurut statistik hanya 2.4 peratus atau kira-kira lebih kurang 637,537 daripada keseluruhan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka ini sebenar amat rendah jika dibandingkan dengan anggaran sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk yang melebihi 33 juta orang. Justeru satu usaha di buat oleh komuniti orang kurang upaya bagi mewujudkan sebuah persatuan yang kini di gelar SOKU yang bertujuan bagi menjadi platform pertama untuk menyantuni warga OKU untuk tampil bersama aktif beraktiviti dan mandiri. Ts.Coach Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari yang juga penasihat kepada persatuan SOKU berharap agar ramai lagi ibu bapa khususnya yang mempunyai anak-anak OKU untuk tidak berasa rendah diri dan terkebelakang dan menyertai persatuan SOKU.
Dalam satu wawancara oleh wartawan PrezCom bersama Pengarah Teater Batu Belah ini iaitu saudara Yusry Kamaruzzaman dari Kelab Teater Hidayah ,beliau mengatakan bahawa konsep Teater ini adalah berdasarkan konsep Purbawara dimana ia di mainkan untuk memberi pesan dan pengajaran untuk para penonton yang menyaksikan Teater tersebut .Menurut beliau Teater yang di arahkan ini mempunyai maksud yang tersirat dimana beliau mengabungkan semua elemen didalam kehidupan harian manusia iaitu saat-saat sedih yang di alami oleh Pekan dan kakaknya Melor yang kematian ibu di usia yang masih kecil . Seterusnya menyambung perjalanan hidup untuk mencari perlindungan dan telah bertemu dengan seorang nenek kebayan. Kedua-dua beradik itu telah dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh nenek tersebut yang juga seorang pencari kayu herba untuk perubatan. Didalam kisah ini saudara Yusry telah mengabungkan elemen kesedihan, kasih sayang, perlindungan, kesabaran dan kecekalan hati .Pada masa yang sama pengarah ini juga telah mempersembahkan satu kisah kekusutan di Istana Raja Kerayung yang mana telah berlaku perebutan kuasa serta sikap tamak haloba dan kerakusan kuasa serta sikap iri hati . Apa yang ditunjukan oleh kaum kerabat di raja akibat dari perebutan kuasa untuk menjadi pemerintah telah berakhir dengan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa . Mereka yang sabar tidak akan bertindak melulu dan yang tamak akan kehilangan semua yang dimiliki .
Pengajaran kisah seperti ini bagus untuk tatapan generasi muda sebagai panduan didalam kehidupan .Menurut saudara Yusry lagi beliau telah lama berkecimpung didalam pentas Teater ini iaitu lebih kurang tiga puluh enam tahun dan telah mengarahkan dan menjadi pelakon lebih seratus naskah cerita untuk dipentaskan .Didalam kisah Batu Belah ini beliau menjadi pengarah dan pada masa yang sama menjadi penonton kerana ingin memberi peluang kepada pelakon-pelakon baru untuk membarisi persembahan Teater akan datang .Ditanya mengenai penajaan ,beliau menyebut bahawa ada sumbangan yang didapati dari mereka yang memahami dan dengan sukarela untuk memberi bagi menjayakan Teater ini . Ada juga sumbangan yang didapati dari pihak lain yang berkaitan dan dari mereka yang mencintai seni Teater. Memandangkan persembahan teater ini dibuat didalam tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan maka permintaan untuk menaja Teater kurang mendapat sambutan . Beliau akur dengan keadaan tersebut dan meneruskan persembahan dengan sekadar yang ada.
Teater Batu Belah ini menampilkan pelakon popular iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Zack Kool ,Lan Zailan dan pepengaruh terkenal Pangiran Aduka serta ramai lagi .Seramai tiga puluh orang pelakon telah menjayakan Teater Batu Belah ini bersama tujuh puluh orang Kru produksi. Persembahan Teater Purbawara Batu Belah ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada tarikh 11 Ogos hingga 13 Ogos 2023 .Pertembungan bersama hari membuang undi Pilihan Raya Negeri ke-15 tidak dapat dielakkan kerana hari persembahan telah ditetapkan dari awal tahun dan begitu susah untuk dibatalkan kerana ramai yang menyatakan komitmen untuk menjayakan Teater tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk menyiapkan Teater Batu Belah ini adalah selama dua bulan dan telah ada didalam perancangan iaitu dari awal tahun. Walaupun pengumuman Pilihan Raya Negeri (PRN) 6 Negeri yang lepas amat meresahkan mereka namun pementasan terpaksa di teruskan kerana semangat membara dari semua yang terlibat. Ditanya memgenai masa depan, Yusry berharap akan dapat meneruskan Teater ini dan akan mendapat sambutan yang menggalakan terutama dari golongan muda kerana kisah-kisah yang dipentaskan didalam Teater amat memberi kesan dan banyak pengajaran yang boleh diikuti sebagai panduan didalam kehidupan .
#Prezcom