Kuala Lumpur, 14 Ogos , 2023 10.40 am . Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri dari kepelbagaian agama, budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan dasar politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Konsep MADANI yang berasaskan prinsip keseimbangan iaitu memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa melakukan diskriminasi ,kezaliman dan penindasan . Ia juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke 15 ini ,Pengerusi parti Perikatan Nasional (PN )Tan Sri Mahyuddin Yassin sentiasa menyebut bahawa PN akan membentuk kerajaan negeri jika 90% pengundi melayu menyokong parti PN .Ianya mungkin satu kenyataan kerana di Selangor parti Pakatan Harapan di anggotai oleh berbagai kaum namun sekiranya semua orang melayu didalam PH memberi undi mereka kepada PN tidak mustahil PN akan memgambil alih negeri Selangor . Walaupun begitu ,dari segi struktur, PN hanya akan menang di kawasan majoriti besarnya adalah orang melayu tetapi masih tidak akan dapat undi dari orang bukan Melayu.

Didalam PN hanya ada parti Gerakan iaitu parti yang dibarisi oleh kaum cina tetapi mereka tidak disenangi oleh PAS seperti mana yang di tunjukkan di Pulau Pinang . Begitu sukar sebenarnya untuk membentuk kerajaan kerana negara kita adalah negara yang berkonsepkan demokrasi . Semua kaum mempunyai hak yang hampir sama rata dan mempunyai hak untuk bersuara didalam apa juga perkara asalkan tidak menyentuh isu 3R (Race, Religion, Royalty). Tanpa penglibatan kaum lain didalam mendirikan kerajaan akan dilihat tempang .

Negara kita mencapai kemajuan hingga ke hari ini adalah dengan adanya bantuan dari kaum lain sebagai contoh kaum cina yang membangunkan ekonomi dengan mempunyai berbagai perniagaan yang besar dan terkenal di serata dunia . Tidak mudah membentuk kerajaan dengan hanya satu kaum sahaja iaitu kaum melayu kerana kaum melayu tidak begitu mahir dan tidak berkembang pesat didalam perniagaan seperti orang cina. Ekonomi yang dijalankan oleh syarikat-sysrikat dan industri yang dimonopoli oleh kaum bukan melayu dinegara ini mendatangkan kutipan cukai yang besar terhadap negara . Oleh itu peranan mereka tidak boleh diketepikan .

Memetik petikan akhbar Utusan Malaysia pada 21 Jun 2023 saudara Noor Mohamad Shakil Hameed iaitu seorang Penganalisis Isu Semasa menyatakan Perdana Menteri pertama , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ucapan pernah mengungkapkan perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara. Ironinya, kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum merupakan kunci utama yang menyumbang kepada aspek kestabilan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta negara. Ia juga menjadi pemangkin kepada kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran mendatang. Tuntasnya, jatuh bangun rakyat dan negara ditentukan sepenuhnya oleh keampuhan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan dalam kalangan rakyat juga bakal menjadi aset dan tonggak utama yang sedang diusahakan oleh kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas berakhirnya pilihan raya bagi enam negeri iaitu Pulau Pinang , Selangor , Kedah , Negeri Sembilan , Terengganu dan Kelantan ada pihak yang berpendapat bahawa parti Perikatan Nasional sudah menguasai kerusi-kerusi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional . Sebenarnya dari Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 senario politik Malaysia sentiasa berubah. Tidak ada parti politik yang mampu menguasai semua kerusi dengan mudah. Sentimen rakyat juga sentiasa berubah mengikut cita rasa dan kehendak pengundi. Oleh itu tidak wajar jika hanya satu parti sahaja yang berasaskan perkauman menjadi kerajaan persekutuan kerana ini akan menjejaskan pandangan dan perpaduan kaum serta kedudukan kaum lain di negara ini.

Merujuk artikel berita Berita Harian, 3 Disember 2018 tulisan Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain menyatakan bahawa; “Realiti yang ada pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih dikuasai kaum bukan Melayu dan bukan anak-anak negeri. Kedudukan itu bukti kukuh bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang menghalang kaum bukan Melayu dan anak negeri untuk meraih kekayaan, jauh sekali bersifat diskriminasi yang bercanggah dengan prinsip keadilan.”

#PrezCom