Johor, 14 Ogos 2023 11.30am. Tular sebuah video berdurasi 1 minit 14 saat di Facebook memaparkan orang awam menerjah sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang bagi menyelamatkan kanak-kanak yang dipercayai didera.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Johor telah mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 12 Ogos 2023 mengesahkan menerima laporan dan bertindak atas laporan pada jam lebih kurang 12.30 malam sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah membuat tangkapan ke atas ibu mangsa berumur 27 tahun dan kenalannya seorang perempuan warga asing berumur 30 tahun. Pihak Polis juga turut merampas dua batang rotan. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua puluh (20) tahun atau dengan denda tidak melebihi lima puluh ribu (RM50K) atau kedua-duanya.

Ibu mangsa ditahan reman dibawah Seksyen 117 KPJ selama (6) hari mulai 12 Ogos 2023 hingga 17 Ogos 2023 manakala kenalan ibu mangsa ditahan selama (7) hari mulai 12 Ogos 2023 hingga 18 Ogos 2023. Kanak-kanak berusia tujuh (7) tahun digelar Iman telah dirujuk ke hospital Sultan Ismail Johor Baharu bagi rawatan lanjut.

Menurut sumber, seorang jiran bernama Wan Noor Badri Wan Yahya, 38 tahun menyatakan bahawa pada mulanya mereka (jiran-jiran) hanya mahu mendapatkan jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku selepas lebih kira-kira beberapa minggu mendengar kanak-kanak itu menangis serta selalu dimarahi, bagaimanapun apabila mereka menerjah rumah tersebut pada jam 12.00 tengah malam 12 Ogos 2023 dan mendapati keadaan kanak-kanak itu penuh dengan kesan kecederaan dan mereka menyifatkan kanak-kanak itu didera. Susulan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Daerah Seri Alam, Johor.

#PrezCom