
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2023, 01.45 pm.
Demi menunaikan tanggungjawab terhadap negeri yang tercinta , seorang ibu muda dari Suku Kaum Temiar yang masih dalam tempoh berpantang sanggup hadir bersama bayinya perempuan yang baru berusia 30 hari untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan ( SK ) Kuala Betis pagi semalam . Andak Oi wanita muda ini bersama bayi perempuannya Aleh Rose Nayang dari Kampung Guling iaitu Rancangan Pengumpulan Semula ( RPS ) Kuala Betis memberitahu ini adalah kali kedua dia mengundi selepas Pilihan Raya Umum ( PRU ) ke – 15 tahun lalu . Kali ini dia tidak berseorangan . Dia membawa bersama bayi nya yang masih menyusu badan . Andak berkata “:saya terpaksa membawa anak yang berumur 30 hari ini tidak ada yang menjaganya”. Seorang lagi pengundi Orang Asli , Penroui Uddin berusia 25 tahun turut membawa anak lelakinya yang berusia setahun untuk membuang undi . Dia bangun seawal 6.00 pagi untuk bergerak lebih awal ke pusat pengundian . Penroui Uddin berkata ” saya berharap dengan undi yang kami berikan pada hari ini dapat mengubah nasib masyarakat Orang Asli di kawasan ini ” .
Di Kuala Berang pula seorang lelaki Orang Asli , Halim Akong berusia 20 tahun tidak mahu melepaskan peluangnya memenuhi mandat pada Pilihan Raya Negeri semalam . Halim Akong dari suku kaum Semanq Beri bersma 3 lagi rakan karibnya iaitu Mazlan Karim , Hasibi Salleh dan Yusof Akom sudah lebih seminggu berada dalam hutan sebelum keluar pada hari Khamis lalu untuk membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tapah . Mereka berempat tinggal di Kampung Sungai Berua dan mereka layak untuk mengundi . Mereka berempat mengambil masa 4 hingga 5 jam untuk sampai di pusat pengundian tersebut . Bagi Mazlan usaha mengesan pengundi layak sudah lama dipratikkan oleh masyarakat Orang Asli di kawasan itu bagi mengelak dari kaum tersebut lupa akan tanggungjawab kepada negara . Biasanya Ketua Kaum Asli dari mana-mana suku kaum akan tahu untuk menjejak kedudukan anak buah mereka didalam hutan untuk dipanggil bagi membuang undi . Walaupun terpaksa meredah hutan dan berjalan jauh mereka tetap berpuas hati kerana dapat menjalankan tanggungjawab . Menurut Yusof Akom kaum Orang Asli turut memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi negara dan disebsbkan itu undi dari pihak mereka juga amat penting . Satu undi dari mereka amat berharga dan mereka tidak mahu sia – sia kan peluang mengundi di setiap kali pilihan raya .
Di Malaysia tanggungjawab menguruskan tanah adat , kemajuan , kebajikan dan hal ehwal Orang Asli di letakkan dibawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia . Selain dari itu terdapat usaha bersepadu oleh Jabatan Kerajaan yang lain untuk mengintegrasi Orang Asli dan meningkatkan taraf hidup dengan menggalakan dan membantu mereka mendapat pekerjaan . Usaha ini dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia . Pencapaian Orang Asli turut dipantau bagi memastikan kejayaan program -,program seumpamanya . Disebabkan banyaknya campurtangan Kerajaan Malaysia untuk memastikan kehidupan kaum Orang Asli terbela di Malaysia maka itu kaum Orang Asli sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam apa juga aspek termasuk menjadi warganegara yang setia dan tidak pernah menolak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di setiap kali pilihan raya .
#PrezCom