Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023, 03″40 am. Menteri Besar Sementara Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memohon rakyat Selangor untuk memberi kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan PH-BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15 ini agar dapat meneruskan kestabilan , kecemerlangan dan usaha bakti untuk negeri Selangor . Amirudin berkata lagi ” Dalam masa 100 hari selepas kemenangan Selangor nanti , Kerajaan Perpaduan negeri Selangor akan melaksana lima perkara yang disebutkan didalam “Tawaran Kita Selangor “yang dilancarkan oleh pada 31 Julai yang lalu . Diantara yang disebut oleh Amirudin semasa pelancaran itu adalah pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung dan rumah kos rendah , baucer buku ” Kita Selangor” bernilai RM200 kepada 1000 mahasiswa di Selangor , menaikkan elaun imam , bilal dan siak , insentif pertanian dan perikanan berjumlah RM1000 kepada lima ratus petani , pesawah dan nelayan. Menurutnya keyakinan gabungan PH-BN untuk melaksanakan perkara-perkara yang disebutkan bukan bermegah atau mendabik dada tetapi atas dasar dan percaya dengan kebijaksanaan rakyat Selangor sendiri . Sudah melebihi lima penggal Kerajaan Selangor menerajui negeri Selangor dengan gemilang , cekal , tangkas dan berwibawa dan telah banyak menyelesaikan permasalahan .

Menteri Besar Sementara Selangor itu berjanji akan melaksanakan lima janji pilihan raya kali ini dalam tempoh 100 hari . Ia termasuk pemberian RM1000 kepada 5000 ribu wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak – anak . Dalam amanat khasnya yang disiarkan secara langsung melalui akaun facebook dan saluran Astro Awani hari ini (11 Ogos 2023 ) , Amirudin berkata ” amat mustahak dalam menentukan hala tuju kerajaan negeri , sejajar dengan manifesto yang diumumkan pada 31 Julai 2023 yang lalu .”

Kata beliau lagi ” Justeru dengan penuh tawaduk saya memohon rakyat negeri Selangor untuk memberi kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan di negeri ini agar kita boleh meneruskan kestabilan , kecemerlangan dan usaha bakti ini ” . Beliau sedar bahawa untuk mengangkat Selangor dan rakyatnya ke satu harakat yang lebih gemilang perlu ada satu kerajaan yang cekal dan cekap , mampu menghadapi cabaran dan berwibawa dalam memimpin kerajaan negeri . Ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan menawarkan solusi kepada perkara dan cabaran yang dihadapi ” . Kata beliau hari ini di facebook peribadinya dan saluran Astro Awani .

“Pada tarikh 12 Ogos 2023 iaitu esok adalah tarikh penting untuk negeri Selangor . Anda bakal menentukan masa hadapan negeri Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang .” Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan , kecemerlangan dan kemajuan negeri atau pun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN untuk mencetuskan ketidaksatabilan politik negara terbukti tiada idea baru dan tiada perancangan untuk negeri yang di cintai ini . Tambah Amirudin lagi .

#PrezCom