Puterajaya, 12 Ogos 2023 03:00. Susulan tular sebuah video berhubung dakwaan berlaku penipuan/penyelewengan pembungkusan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI), Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan satu Kenyataan Media maklumbalas.

KPDN menyatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang berkaitan beras, iaitu Akta Kawalselia Padi dan Beras [Akta 522] adakah dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) walaubagaimanapun KPDN telah menjalankan kerjasama strategik di antara KPKM dan KPDN yang menjadi satu medium dalam mengukuhkan lagi jalinan kerjasama sedia ada antara kementerian serta agensi di peringkat pusat dan negeri melibatkan pemeriksaan di peringkat pengilang padi/beras, pemborong dan peruncit sama ada di pasar raya ‘hypermarket’ atau kedai runcit di seluruh negara. Pemeriksaan ini bagi memastikan keterjaminan bekalan dan harga beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) sentiasa mencukupi dan terkawal.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, katanya; “tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat kesalahan perihal satu kenyataan palsu mengenai gred beras di bawah Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras [Akta 522] dan sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM50,000 manakala seseorang individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM25,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya.”

Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu bahawa tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan seseorang individu boleh dikenakan penalti sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan bagi sesebuah syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM250,000.00. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya telah berkerjasama dengan KPKM melalui ‘OPS JAMIN’ yang telah bermula 7 Julai lalu bagi meningkatkan kapasiti pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negara.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN yang bermula 7 Julai 2023 sehingga 10 Ogos 2023, sebanyak 925 pemeriksaan telah dilakukan di seleuruh negara melibatkan pelbagai peringkat pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit, manakala sebanyak 38 aduan telah diterima dalam tempoh sama.

KPDN mengalu-alukan sebarang maklumat dan mengambil perhatian serius terhadap sebarang aduan yang melibatkan kesalahan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa serta akan membuat siasatan terperinci. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang maklumat berhubung isu berkaitan bolehlah mengemukakan aduan tersebut bersama butiran dan maklumat yang lengkap melalui saluran berikut:

WhatsApp 019-2794317 / 019-848 8000
Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my
Call Center 1-800 886 800
Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN; dan
Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245

#PrezCom