Kuala Lumpur , 11 Ogos 2023 , 03.57 am. Bekas Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang Dr. P Ramasamy Palaniel yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perai telah mengumumkan keluar dari parti DAP hari ini . Beliau telah mengutuskan surat perletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang iaitu Chow Kon Yeow pada jam 8.24 pagi ini. Beliau juga meletakkan semua jawatan termasuk sebagai ahli DAP dan juga sebagai Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park berkuatkuasa hari ini iaitu 10 Ogos 2023 . Ramasamy juga turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang yang di sandangnya dari tahun 2008 sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada hari ini . Ramasamy merupakan orang India pertama yang dilantik ke jawatan itu di Pulau Pinang .

Bekas Ketua Menteri ll Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa beliau meninggalkan parti itu setelah 18 tahun berkhidmat iaitu sejak dari tahun 2005 . Ia adalah satu keputusan yang amat sukar baginya namun setelah berbincang secara mendalam dengan ahli keluarga dan rakan – rakan maka beliau telah membuat ketetapan untuk terus meninggal kan parti itu dan melepaskan semua jawatannya . Sebab – sebab beliau meletakkan jawatan adalah kerana menurutnya DAP bukan lagi parti yang di kenalinya satu ketika dulu dan semakin kurang menghargai perbezaan pendapat dan sikap keterbukaan didalam parti . Menurut Ramasamy lagi sesiapa yang bersuara dan menentang kerajaan akan dipandang sebagai pengacau serta pengganggu . Tindakan parti tersebut mengugurkan namanya dari senarai calon Pilihan Raya Negeri ke 15 bukan satu isu namun beliau menganggap ia satu penyingkiran tanpa penghargaan kepadanya . Walau bagaimana pun beliau akan terus berjuang untuk menentang ketidakadilan , diskriminasi dan penindasan terhadap semua lapisan masyarakat . Beliau akan terus membuat perancangan dengan berani untuk memainkan peranan didalam arena politik tanah air secara menyeluruh .

Pada 10 Februari 2023 Ramasamy ada membuat kenyataan melalui facebook milik beliau yang meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai kembali koata penjawat awam yang dilihatnya dimonopoli oleh kaum melayu. Berikutan kenyataannya itu beliau di tegur oleh Setiausaha Agung DAP iaitu Anthony Loke dengan menyatakan bahawa Ramasamy tidak sewajarnya berkata begitu kerana beliau berada didalam Kerajaan Perpaduan dan sepatutnya menyokong usaha-usaha kerajaan sahaja. Mungkinkah itu penyebab beliau berkecil hati dan meletakkan jawatan pada hari ini kerana kenyataan beliau itu tidak dipertahankan oleh partinya DAP ? Dan juga kerana kenyataan nya yang mengundang kontroversi itu membuatkan namanya digugurkan dari senarai calon PRN ke 15 ini ? Berkecil hati hingga meletakkan jawatan ?

#PrezCom