Kuala Lumpur 11 Ogos 2023, 09.25 am. Hari ini merupakan hari paling sibuk buat semua parti politik untuk bersuara dan untuk para calon memantapkan diri bagi menempuh hari esok yang mendebarkan . Di sinilah juga senjata terakhir setiap parti politik yang bertanding untuk mengasah kata-kata bagi mengubah pendirian para pengundi agar memilih calon dan parti mereka . Hari terakhir berkempen bermakna” hari panas “dan ” hari kritikal” buat calon untuk mengambil seberapa banyak peluang membuat janji kepada pengundi dikawasan masing-masing .

Tumpuan parti – parti politik tanah air kita kali ini adalah menarik seberapa ramai anak-anak muda untuk keluar mengundi . Pada dasarnya pendapat setiap pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia mahu pun di negara lain adalah sama . Menarik undi anak-anak muda bukan sahaja bertujuan untuk menggantikan pemimpin pelapis politik yang lama malah ia juga sebagai pemangkin kepada pembangunan negara . Idea dan semangat anak – anak muda amat di tagih oleh negara untuk menyumbang berbagai perkara seperti memacu demokrasi yang lebih segar dan aktif . Demokrasi yang segar dan aktif bermaksud kebebasan bersuara , memberi pandangan yang terbaru dan sentiasa aktif dalam pemikiran dari semua aspek. Selain dari itu generasi muda mempunyai idea dan pandangan yang bernas terutama dalam menyumbang kepada menjayakan pelan pemulihan Negara . Contoh terbaik adalah Parlimen Belia dimana kita boleh melihat anak – anak muda melontarkan berbagai pandangan mengenai undang-undang dan terlibat secara langsung membuat keputusan berdasarkan kepentingan dan keperluan negara. Contoh anak-anak muda pemimpin pelapis negara yang lahir dari arena politik adalah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Presiden Parti MUDA , YB Adam Adli Timbalan Menteri Belia Dan Sukan , saudara Shahrir Hamdan iaitu Bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia , YB Syahir Bin Sulaiman iaitu Setiausaha Politik Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang , Dr. Akmal Salleh iaitu Ketua Pemuda UMNO Malaysia , YB Wan Ahmad Faysal Ketua Pemuda parti Perikatan Nasional dan banyak lagi ahli politk muda negara yang baik personaliti dan berkualiti .

Gabungan intelek yang tua dan yang muda pasti mampu membawa negara ke arah lebih baik . Tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan sendiri dan mementingkan pendapatan sendiri apabila dua saluran ini disatukan . Kebolehan anak – anak muda sekarang memperolehi maklumat dihujung jari menjadikan golongan ini lebih terbuka dalam membuat keputusan . Semakin awal golongan muda ini diberi hak untuk terlibat didalam proses demokrasi , semakin cepat juga mereka bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan negara . Dengan adanya pemimpin muda maka setiap parti politik tidak perlu memilih wakil rakyat ” kitar semula” kerana telah ada pemimpin pelapis . Dengan adanya pemimpin muda maka pengundi tidak akan bosan melihat wajah dan watak yang sama di setiap kali pilihan raya. Dengan adanya pemimpin muda maka negara dapat bersaing kerana kita tidak lagi berada ditakuk lama dengan idea yang lama dan terhad . Dengan adanya pemimpin muda negara mampu berkembang maju mengikut arus pembahruan yang dibawa oleh pemimpin muda yang lebih cergas dan kuat dari semua sudut. Dengan adanya anak muda maka cara politik lama dapat diubah dan digantikan dengan cara politik baru . Dengan adanya anak muda yang berintelektual tinggi dan cerdas serta tidak taksub dengan idealogi kepartian yang selalu menidakkan kebenaran dan keadilan . Apa bila anak – anak muda ini terpilih menjadi wakil rakyat barisan pelapis muda ini menjadi ahli kabinet yang kuat dan kukuh . Dapat memberi pelajaran politik cara baru kepada masyarakat dan tidak mempraktikkan politik lama yang hanya mementingkan kuasa , kekayaan dan jawatan .

Untuk itu amat perlu bagi setiap parti politik berkempen dengan kuat untuk menarik anak muda supaya keluar mengundi . Berikan sebab-sebab yang penting mengapa anak-anak muda perlu keluar mengundi beramai-ramai . Bukan saja untuk memilih calon yang mereka percayai tetapi juga untuk mereka menempatkan diri didalam dunia politik supaya mereka dapat menilai dan menyuarakan pendapat dan keperluan anak -anak muda yang selama ini dipandang sepi oleh pihak yang sepatutnya . Antara yang penting untuk di suarakan adalah isu pendidikan , peluang pekerjaan , kesaksamaan , rasuah , bantuan dan kebajikan untuk pelajar dan apa saja yang di fikirkan perlu untuk dibawa dan diperdengarkan kepada pemimpin negara . Kehadiran pengundi muda mampu mengubah senario politik semasa jika semua pengundi muda keluar mengundi pada pilihan raya esok .

#PrezCom