
Kuala Lumpur ,09 Ogos 2023 01.00 pm. Tidak sia-sia Pengarah Filem muda Syahmi Sazli dan isteri Anissa Faizul di kecam hebat di Kelantan gara-gara bersuara mengenai isu air .Ada hikmah di sebaliknya walaupun sakit untuk pasangan itu menempuh ugutan dan cacian beberapa hari lalu namun ia nya terubat apabila kisah keluarga yang diutarakan oleh Anissa yang benar- benar menghadapi masalah air mendapat perhatian dari Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam ,Dakwah ,Penerangan Dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan iaitu Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Datuk Mohd Nassuruddin mewakili anaknya Ustaz Ahmad Syakir Bin Nassuruddin iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk meninjau dan membantu keluarga tersebut. Keluarga yang dimaksudkan itu adalah keluarga Puan Nur Idayu Supian . Bukan sahaja sekadar melawat keluarga tersebut malah menghadiahkan keluarga Puan Nur Idayu dengan sebuah penapis air bernilai hampir RM3,000 . Didalam ciapan di facebook Puan Nur Idayu beberapa hari lalu beliau telah meluahkan rasa kecewa mengenai masalah air yang dihadapi oleh keluarganya akibat ketiadaan air dan terpaksa mengangkut air sebanyak tiga hingga empat kali sehari dari masjid berdekatan kerana dimasjid sahaja yang ada air bersih. Disebabkan itu juga suami Puan Idayu sering lambat ke tempat kerja kerana terpaksa membantu beliau untuk mengangkut air . Puan Idayu adalah seorang peniaga dan beliau merasa amat susah untuk menghasilkan kek kerana susah untuk mendapatkan air dan paling penting adalah untuk mendapatkan bekalan air bersih .
Puan Nur Idayu Supian sangat bersyukur kerana luahannya didalam facebook peribadinya dan dibalas oleh Anissa mendapat perhatian Exco Kerajaan Negeri Kelantan .Walaupun ciapan mereka berdua menimbulkan masalah besar kepada Anissa dan suaminya iaitu Syahmi Sazli ,sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelegaan kepada Anissa kerana ada pihak yang memberi perhatian .Pada pendapat Puan Idayu Syahmi adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai nama besar didalam bidang seni dan ini memudahkan pihak tertentu untuk mengambil tindakan atau mendapat perhatian .Pada masa yang sama Puan Idayu mengharap agar masalah air di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan segera . Ini perlu dilakukan bagi mengurangkan beban penduduk yang tinggal dikawasan tekanan air rendah dan sentiasa terputus bekalan air .
#PrezCom