
Kuala Lumpur, 09 Ogos 2023, 05.33 am. Pastikan boleh di buat dan boleh di tunaikan ,perlu di kaji ,lihat pada kesesuaian dan risiko yang menanti. Kaji tentang bajet dan berapa lama boleh dilaksanakan atau disiapkan. Adakah perkara-perkara diatas dilakukan terlebih dahulu oleh wakil-wakil rakyat sebelum bertanding? Mungkin Ini adalah salah satu cara agar wakil-wakil rakyat boleh kekal berkuasa sehingga penggal seterusnya.Mungkin ini juga cara bagaimana rakyat lebih percaya dan yakin dengan calon yang di lantik untuk mewakili rakyat dikawasan masing-masing .Peribahasa Melayu menyebut “Kerbau dipegang pada tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya (janjinya) yang bermaksud segala janji hendaklah ditepati dan ditunaikan.Tidak boleh wujud sebarang alasan untuk tidak memenuhi segala janji pilihan raya yang telah diberi sekiranya parti atau calon telah buat tinjauan pendapat, kajian,kebolehlaksanaan dan penilaian risiko. Dalam ertikata lain manifesto yang dicanang perlu menjadi kenyataan selepas memenangi kerusi yang ditandingi.
Perlu di ingat bahawa manifesto pilihan raya adalah sesuatu yang ditulis berbentuk document dan ia adalah bahan rujukan oleh semua pihak termasuk rakyat. Jadi amat memalukan sekiranya apa yang ditulis dengan tinta (dakwat) hitam putih dan apa yang dijanjikan secara jelas tidak dapat ditunaikan.
Janji-janji wakil rakyat perlu dilaksanakan dengan segera tanpa alasan sekiranya ingin kekal dikerusi yang dimenangi dan kekal berkuasa. Perkara paling penting didalam pilihan raya dan selepas memenangi pilihan raya adalah “bertanggungjawab terhadap apa yang dijanjikan”, dan satu perkara lagi adalah jangan membuat sesuatu kerja yang dijanjikan itu separuh jalan sahaja .Seperti terpaksa dibuat kerana telah berjanji tetapi tidak selesai. Seperti Pepatah Melayu ” Hanya melepas batuk ditangga”. Wujudkan kerja mengikut manifesto tetapi tidak ambil perduli sama ada selesai atau tidak .
Di setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri ( PRN ) berbagai manifesto dijanjikan kepada rakyat , malangnya amat menyedihkan apabila tidak sampai separuh dari manifesto yang dijanjikan dibuat oleh wakil rakyat yang menang. Manifesto paling popular bagi setiap parti politik adalah mahu menangani kos sara hidup rakyat dan menurunkan harga barang. Itu semua hanya untuk menyedapkan hati rakyat sahaja. Sehingga hari ini tidak ada satu barang pun yang harganya berjaya diturunkan dan kos sara hidup semakin hari semakin meninggi mengikut arus zaman.
Apakah perlu diwujudkan satu badan pemantau dikalangan rakyat disetiap kawasan sebagai pemerhati untuk mencatit prestasi setiap wakil rakyat dikawasan masing-masing ? Memandangkan sekian lama rakyat sering di beri janji-janji palsu yang tiada kesudahan .Apakah perlu dilantik satu komuniti khas bagi memantau setiap peruntukan yang dimohon oleh rakyat melalui wakil rakyat yang dilantik ? Perlukah audit dibuat setiap hari dan dibacakan kepada komuniti yang dilantik setiap hari ?
Sebelum ini setiap manifesto di buat oleh parti- parti politik dan wakil-wakil rakyat dengan berbagai-bagai janji .Bagaimana pula kalau rakyat melantik wakil masing-masing untuk bersuara tentang keperluan sebenar rakyat dan wakil rakyat yang dilantik hanya akan melaksanakan apa yang rakyat mahu. Rakyat tidak mahu mendengar seperti mana dahulu “Manifesto Bukan Kitab Suci ” bermakna manifesto tidak perlu diikut seperti yang dicanangkan kerana ia bukan wajib .
#PrezCom