Muhammad Sanusi Md Noor telah memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa telah memfitnahnya dan mengaitkannya dengan kecurian unsur nadir bumi (REE-Rare Earth Element) di Bukit Enggang, Sik, Kedah. Sanusi dalam masa yang sama pernah menyatakan kegusarannya terhadap tindakan Saifuddin yang hanya memberikan fokus terhadap kes REE di Kedah dan diambang Pilihan Raya Negeri akan diadakan sedangkan menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam didalam Mesyuarat Majlis Mineral Negara telah mengesahkan terdapat 60 lombong haram REE di negara kita. Memetik laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 7 Ogos 2023, Sanusi telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 3 Ogos 2023 bagi menuntuk Setiausaha Agung PKR itu membayar ganti rugi am, teruk dan taladan.

Kegusaran Sanusi ini ditambah bebannya apabila bekas setiausaha Politik Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (A.TSKI), Faekah Husin baru-baru ini sewaktu menyampaikan ceramahnya di program ‘Ayuh, Kita Jelajah Selangor Baharu’ di Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik (N.40) memberitahu dan menyamakan plot dan naratif cubaan mengguling Sanusi adalah hampir serupa dengan Langkah Kajang apabila Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 21 September 2014. Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid pada waktu itu telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (18 Ogos 2014) dan Saifuddin Nasution yang ketika itu Setiausaha Agung PKR telah memohon maaf kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana memfitnah Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid.

Faekah Husin didalam hantaran di Facebook peribadinya juga pada 10 Mac 2023 mengukapkan kejijikan agenda politik rakus ini dan berkata, “Peristiwa Langkah Kajang sahaja sudah cukup untuk membuka “pekung” PMX dan rakan-rakan war room beliau. Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bukan sahaja rakan baik, tetapi penyumbang dana serta penyokong politik beliau sejak di dalam UMNO lagi. Setelah berkhidmat dan sama-sama berjuang, begitu mudah Allahyarham diketepikan, difitnah dan dibuang kerana tidak mengikut telunjuk khusus berkenaan penstrukturan semula industri air. Bukankah ini suatu penganiayaan namanya?.” Faekah Husin menambah, “cuma bezanya masa Langkah Kajang mereka tidak berkuasa tetapi hari ini mereka adalah orang yanag sangat berkuasa dalam negara.”

Baru-baru ini wujud pula kerisauan berhubung keselamatan Sanusi dan kerisauan ini telah disuarakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendakwa Sanusi tidak hadri ke Ceramah Mega Perikatan Nasional itu disebabkan isu keselamatan. Afnan Hamimi mendedahkan tentang isu kesalamatan ini ketika berucap sebelum mengakhiri Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Taman Ria, Kedah pada Ahad 6 Ogos 2023 yag lepas.

Sementara itu mengulas tentang isu keselamatan yang dibangkitkan oleh Afnan Hamimi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberikan jaminan bahawa keselamatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan calon lain yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini adalah terjamin. Tan Sri Razarudin berkata, Sanusi mempunyai seorang pengawal keselamatan iaitu seorang anggota polis yang menjaga keselamatannya dan berdasarkan maklumat dan pemantauan yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiada sebarang ancaman atau laporan dibuat mengenai isu keselamatan kecuali isu vendalisma yang melibatkan papan iklan.

Note: Unsur nadir bumi atau Rare Earth Element (REE) adalah rangkaian unsur kimia yang terdapat di dalam kerak bumi yang jarang ditemui ataupun mempunyai peratusan kecil di permukaan bumi. Secara amnya, 17 elemen dianggap sebagai unsur REE iaitu 15 unsur dalam siri lantanida (La), dan 2 unsur tambahan yang mempunyai sifat kimia serupa iaitu Scandium (Sc) dan Ytrium (Y). Unsur-unsur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu unsur nadir bumi ringan (Light Rare Earth Element, LREE) dan unsur nadir bumi berat (Heavy Rare Earth Element, HREE). Menurut kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), unsur ini kebanyakannya terletak di Johor, Melaka, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak.

#PrezCom