Kuala Lumpur, 06 Ogos 2023,2.14 pm. Pada 4 Ogos 2023 130 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)di bawah SEKRETARIAT UMMAH Negeri Terengganu telah membuat gesaan supaya SPRM menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan membuat pengumuman peruntukan geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), RM250,000 kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri Terengganu. Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Wan Faizul Wan Abas berkata SPRM perlu bertindak dan jangan mengamalkan sikap pilih kasih kerana tindakan Timbalan Perdana Menteri tersebut cuba menyogok belia bagi memastikan kemenangan parti pemerintah dalam pilihan raya pada 12 Ogos nanti dan ia merupakan satu kesalahan. Wan Faizul Wan Abas bersama 130 NGO yang lain telah bertindak membuat laporan kepada pihak SPRM terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya sebagai perbuatan rasuah . Beliau membuat kenyataan tersebut didalam sidang media di Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2023 dan berkata, katanya “Apa yang kami laporkan hari ini kepada SPRM mengenai ucapan Presiden UMNO ketika program Himpunan Belia Lestari Generasi Ungggul (LesGU) sempena program sentuhan Kasih di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di mana beliau dengan jelas menyogok belia.”

Wan Faizal menegaskan bahawa tindakan Zahid itu merupakan satu kesalahan besar kerana pemberian itu diumumkan pada 21 Julai berkemungkinan bersabit dengan kesalahan di bawah Seksyen 16 (b) Akta SPRM 2009 “ Iaitu menawarkan atau menyogok serta boleh disabitkanjuga dengan Seksyen 23 kerana menyalahgunakan kuasa.” Katanya didalam sidang media tersebut Pengumuman tersebut di buat didalam Program Himpunan Belia Lestari Generasi Ungggul (LesGU) sempena program sentuhan Kasih di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Datuk Seri Ahmad Zahid juga berjanji bantuan itu akan ditambah jika belia membantu parti yang memerintah memenang Pilihan Raya Negeri ke 15 pada 12 Ogos 2023 nanti . Pada masa yang sama, beliau turut meminta belia yang hadir dalam acara itu memilih “gelombang biru “ iaitu parti UMNO .

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kritikan dari berbagai parti politik tanah air. Turut mengkritik tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu Timbalan Presiden Pas .Beliau menyifatkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara. Menurut Tuan Man lagi tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jelas mempunyai unsur rasuah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga turut membuat kritikan dan menyifatkan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu sebagai “menormalisasikan rasuah” manakala Muda Terengganu membuat laporan polis berhubung perkara ini. NGO BERSIH (Kumpulan Pemantau Pilihan Raya) juga telah menyelar kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas ucapannya. Menurut mereka Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melanggar dua larangan 3C semasa pilihan raya iaitu No Campaign (tiada kempen) dan No Conditions (tiada syarat).

Pada 29 Julai 2023 selepas merasmikan Jentera Tiga DUN di bawah Parlimen Kota Bharu, di Kota Bharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjawab kritikan yang dibuat oleh Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abduk Rahman. Beliau menegaskan golongan belia di negara ini memerlukan peruntukan yang cukup untuk mereka menjalankan aktiviti. Pemberian tersebut bukan bermaksud menormalisasikan rasuah sebagaimana yang didakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Syed Saddiq boleh bercakap apa saja tetapi yang penting para belia perlukan peruntukan yang cukup untuk menjalankan aktiviti, sama ada persatuan-persatuan belia di peringkat daerah ataupun juga negeri .

Pada 30 Julai 2023, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada belia Terengganu tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah. Menurut Tan Sri Azam Baki ia sebagai satu inisiatif daripada kerajaan. Tiada isu rasuah boleh di kaitkan dengan pemberian tersebut. Sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir negara, ia berhak untuk memberi inisiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

Note: 32- No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon).

Arkib Berita: http://t.me/PrezCom

#PrezCom