Kuala Lumpur, 5 OGOS 2023, 11.40am Seorang peniaga sarang burung ditembak dari jarak dekat ketika sedang menjalankan urusan jual beli sarang burung walet di tepi jalan utama Segari-Pantai Remis pada petang hari rabu 02 Ogos 2023 yang lalu . Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah dibahagian pergelangan tangan kiri akibat dari tembakan itu . Lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Manjung untuk diberi rawatan dan berada didalam keadaan stabil .Hasil dari pemeriksaan pasukan forensik polis di lokasi kejadian , terdapat dua (2) butir kelongsong peluru dipercayai digunakan untuk menembak mangsa . Motif kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Manjung , Asisten Komisioner Mohamad Nordin Abdullah pihak polis menerima maklumat dari orang awam pada pukul 5.05 pm. Asisten Komisioner Mohamad Nordin Abdullah berkata, katanya; Ujian air kencing mangsa adalah negatif dadah dan dia tiada sebarang rekod jenayah. Kes ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh dan di siasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda , jika sabit kesalahan.”

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian dimohon berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Manjung , Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233 untuk membantu siasatan .

#PrezCom