Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 03:00am. Aspirasi Teater Production akan mempersembahkan presembahan ‘Mono 4 Rantaian’ yang akan menggabungkan empat (4) naskah dan empat (4) pelakon yang berbeza dalam satu (1) persembahan. Naskah yang akan diperntaskan bermula hari ini hingga 6 Ogos nanti adalah ‘Piala Untuk Ayah’ lakonan Azhar Jalil, ‘Hutang’ lakonan Suky San, ‘Benang Arang’ lakonan Anuar Hashim dan ‘Agok’ lakonan Fazreen Mohd.

Pihak media telah dijemput bagi menyaksikan tayangan premier semalam yang bertempat di Tingkat 5, Revolution Stage Studio, Bandar Utama Damansara, Kuala Lumpur sekitar jam 08.50 malam bagi menyaksikan sendiri keunikan persembahan ‘Mono 4 Rantaian’ ini. Krew PrezCom yang sebelum ini tidak pernah menyaksikan persembahan teater monolog sungguh teruja dengan semangat dan lontaran suara yang sangat jelas walaupun persembahan yang dibuat tidak menggunakan mikrofon. Pada mulanya memang agak sedikit sukar untuk mengikuti babak-babak monolog ini kerana pelakon yang sama memainkan dua-tiga watak yang berbeza tanpa menukar kostume tetapi dengan bakat pelakon-pelakon teater hebat ini membolehkan pengunjung dan pihak media menyelamai watak-watak yang dibawa dan maksud tersirat yang hendak disampaikan.

Bagi krew PrezCom, sekalong tahniah kepada semua pelakon kerana ternyata persembahan teater monolog bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibawa apatahlagi untuk dipentaskan dihadapan khalayak. Persembahan semalam juga secara keseluruhannya amat baik bukan sahaja dari segi lakonan tetapi juga dari segi pengurusan produksi, pengurusan pentas dan penganjuran.

Menyentuh pula tentang sinposis bagi naskah-naskah yang dilakonkan secara ringkasnya ‘Mono 4 Rantaian’ ini mengisahkan:

  1. ‘Piala Untuk Ayah’ berkisar tentang seorang anak yang cuba melakukan yang terbaik dalam setiap perkara semata-mata bagi membanggakan ayahnya tetapi sangat malang bagi si anak apabila ayahnya tidak pernah mengunjunginya sehinggalah satu hari si anak mendapat tahu cerita yang sebenar mengenai bapanya. Siapakah bapa si anak ini juga menjadi salah satu misteri didalam naskah ini.
  2. ‘Hutang’ mengisahkan Hj. Shaari yang resah dengan hutang. Kalau tidak dibayar hutang akan menghantui hingga ke mati. Hutang pula bermacam-macam hutang tetap apakah yang membuatkan Hj.Shaari resah dengan hutang? Naskah ini membawakan persembahan hebat lakonan Suky San yang berlakon santai dan bersahaja yang menunjukkan bukan ‘kaleng-kaleng’ didalam seni pentas.
  3. ‘Benang Arang’ lakonan Anuar Hashim juga tidak kurang hebatnya apabila beliau berupaya membuatkan penonton terkebil-kebil menahan air mata apabila ada antara babak-babak didalam lakonannya yang menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu demi menyara keluarganya. Benang Arang mengisahkan kehidupan Ismail (Anuar Hashim) seorang ayah yang berkerja sebagai buruh binaan diuji yang mempunyai masalah kewangan akibat majikannya yang tidak melangsaikan bayaran gajinya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak kecilnya yang sakit perlu dirawat dan memerlukan dana bagi membiayai kos perubatan.
  4. ‘Agok’ pula menceritakan tentang seorang pemuda kurang upaya yang sering menimbulkan masalah dikampungnya. Selain prihal Agok naskah ini juga mencertakan tentang satu insiden pembunuhan yang dikaitkan dengan watak-watak didalam cerita yang membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah pembunuh tersebut dan apakah motif pembunuhan.

Harga tiket bagi persembahan ini adalah sebanyak RM35. ‘Mono 4 Rantaian’ akan dipentaskan di Revolution Stage, Damansara pada 2-6 Ogos 2023 pada pukul 9.00 malam namun pada 5-6 Ogos 2023 pementasan akan dibuat dua (2) kali iaitu pada pukul 3.00 petang dan 9.00 malam. Sebaran pertanyaan dan tempahan tiket bolehlah terus menghubungi tuan Suky San di WahtsApp http://wa.me/+0123170618

#PrezCom