
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023, 09.00am. Bagi peminat filem klasik terutama filem Allahyarham Datuk Jamil Sulung, ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ sudah pastinya akan dapat menarik nafas lega apabila satu pementasan teater Purbawara, ‘Batu Belah’ akan dipertontonkan kepada umum pada Ogos 2023 ini. Teater ‘Batu Belah’ akan dipertontonkan di Istana Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11-13 Ogos 2023 di dua sesi berasingan. Pada 11 & 12 Ogos 2023 pementasan akan diadakan pada jam 08.45malam sementara pada 13 Ogos 2023 sesi pementasan akan bermula pada 02.45petang. Pementasan teater Purbawara, ‘Batu Belah’ adalah terbitan Pertubuhan Teater Hidayah (Teater Hidayah) iaitu satu nama besar pertubuhan teater tanahair yang ditubuhkan pada tahun 1986 dah masih aktif sehingga hari ini yang bertujuan untuk memertabatkan warisan seni dan budaya masyarakat Malaysia. Naskhah ‘Batu Belah’ ini ditulis oleh Haji Kamaruzaman Haji Ibrahim (Kamarul AR) dan di arah oleh anaknya, Yusry Kamaruzaman. Selain itu Suffian Suky San bertindak sebagai Pengurus Produksi dan Alif & Nokman sebagai Pengurus Pentas.
Pementasan Batu Belah
Teater ‘Batu Belah’ mengaadaptasi cerita asal karya Allahyarham Datuk Jamil Sulung, Batu Belah Batu Bertangkup’ terutama latar masa, nama-nama dalam karakter dan juga penceritaan tetapi ‘Batu Belah’ juga membawa kelainan tersendiri apabila ada babak-babak yang telah diinovasikan dan disesuaikan mengikut unsur-unsur pengajaran mutakhir ini. Batu Belah mengisahkan kisah dua orang adik beradik, Melor (kakak) dan Pekan (adik lelaki)dari keluarga miskin daif yang tidak punya ayah dan ibu. Ayah mereka telah meninggal dunia sementara ibu mereka merajuk lari ditelah bantu belah batu bertangkup. Takdir menyaksikan dan memilih apabila Pekan dan Melor yang dibesarkan oleh seorang nenek bekelana ke Desa Kerayong dengan seekor ayam jantan yang diberi nama Tuah telah dapat bertakhta sebagai raja muda dan seterusnya berkahwin dengan puteri jelita Mayang Mengurai. Babak-babak seterusnya mengisahkan perihal kehidupan Pekan dan Melor ketika dewasa yang diwarnai dengan latar masyarakat yang hasad dengki dan tamak. Pementasan ‘Batu Belah’ mengajak semua para remaja, pemimpin keluarga dan masyarakat mengambil pengajaran melalui kisah indah dan duka ini.
Watak-watak utama teater purbawara ini dilakonkan oleh Yamin Hanif (Pekan ketika kecil), Dhaniyah (Melor ketika kecil), Siti Sarah (Nenek Kerayong), Pengiran Aduka (Pekan ketika dewasa), Dayang Narinah (Melor ketika dewasa), Melissa Kelvin (Puteri Mayang Mengurai), Kamarul AR (Bendahara) Md Hussin (Datuk Hitam Perkasa), Hazzley (Selamat), Dean Sitara (Waspada Jingga), Shahril Kamil (Kidam), Masdor (Anak Murid), Amil (pengikut Datuk Hitam Perkasa), Muazzam (pengikut Datuk Hitam Perkasa), Nazli (pengikut Datuk Hitam Perkasa), Nari Ahmad (Bentara), Zuree (pengawal), Abu (pengawal), Elysha (dayang-dayang), Shahira (dayang-dayang) dan Erina (dayang-dayang). Sementara itu pementasan ini turut menampilkan penampilan khas oleh Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sultan, Roslan Madun sebagai Biduan Syair, Rosli Rahman Adam sebagai Dandang Bistari, Lan Zailan sebagai Nujum dan Zack Kool (Zulkifli Mohamad) sebagai Tengku Zulkefli.
Mungkin masih ada yang tertanya-tanya apakah maksud Purbawara dan bukankan sepatutnya ‘teater bangsawan’. Teater Batu Belah sebenarnya telah diinovasikan dengan membawa kelainan berkonsep ‘Purbawara’ iaitu ‘purba’ bermaksud lama dan ‘wara’ bermaksud cerita. Jadi Batu Belah adalah tergolong didalam kategori cerita-cerita lama dan tidak hanya menjurus kepada bangsawan. Konsep purbawara yang dibawa bukan sahaja dapat membuat penjimatan dari segi kos pementasan kerana adegan-adegan ‘black-out’ (tutup dan buka tirai) dapat dikurangkan tetapi juga dapat memperkaya dan mempertingkatkan mutu persembahan kerana babak-babak ‘black-out’ yang biasanya wujud didalam teater bangsawan telah diganti dengan adegan-adegen pendek (‘insert’) yang penuh makna. Menariknya naskhah bergenre purbawara tulisan Ayahanda Kamarul AR dan arahan Yusri Kamaruzaman yang tidak terikat dengan ciri-ciri teater bangsawan ini sudah pastinya akan dapat memikat hati peminat-peminat teater dan dalam masa yang sama memperkenalkan teater seni pentas kepada generasi baru bagi meneruskan pengukuhan seni budaya melalui persembahan teater.
Sesi Sidang Media
Pada sesi sidang media yang diadakan baru-baru ini pihak media juga telah dikejutkan apabila pihak teater Hidayah telah mempertontonkon ‘preview’ babak-babak menarik secara ‘live’ bagi wakil-wakil media menilai sendiri keupayaan dan persembahan Batu Belah didalam membawa kelainan dan memikat hati penonton. Komen ringkas krew PrezCom setelah menyaksikan preview ini adalah “Sehingga kini masih terbayang difikiran kejahatan Datuk Hitam Perkasa, kelunakan dendangan Zack Kool dan betapa hebatnya Pengiran Aduka berpencak.” Tidak dinafikan walaupun hanya dapat menyaksikan beberapa babak ‘preview’ rata-rata wakil-wakil media yang hadir merasa sangat teruju untuk sekali lagi ingin bersama menonton persembahan teater ini dan mengetahui apakah kesudahan nasib ‘Pekan’ dan apakah maksud tersirat yang hendak disampaikan melalui Batu Belah pada 11 -13 Ogos ini.
Kritik
Kehebatan sesebuah persembahan teater bukan sahaja bergantung kepada skrip dan lakun layarnya sahaja tetapi elemen-elemen lain seperti peruntukan kos produksi dan pementasan sangat memainkan peranan kerana peruntukan kos yang bersesuaian dan kesan yang ingin ditonjolkan adalah sangat berkait rapat. Maka tidak hairanlah ‘Hollywood’ membelanjakan peruntukan jutaan ringgit bagi menghasilkan filem-filem bermutu tinggi mereka. Sebagai contoh filem Transformer ‘Rise of the Beast’ memperuntukkan belanja USD200 juta dan filem terbaru Mission Impossible, ‘Dead Reckoning’ membelanjakan sebanyak USD 290 juta.
Krew PrezCom sempat berbual bersama pengarah, Yusry bin Kamaruzaman bertanyakan cabaran industri teater dan antara yang menjadi topik utama adalah kos pementasan dan produksi teater. Secara keseluruhan Yusry memberitahu antara kos-kos yang terlibat adalah bagi pementasan ‘Batu Belah’ adalah kos ‘Bump-In / Rehersal’, kos ‘Dry Run’, bayaran artis utama dan artis pengiring, makanan dan minuman selama sesi latihan dibuat, sewaan set produksi (camera, videocamera, panataan pencahayaan dan set audiovisual), sewaan set persalinan pakaian (busana), sewaan alat muzik, gubahan lagu , imbuhan tenaga produksi (krew), kos pengurusan, kos tenaga kreatif, kos promosi, kos pertunjukan ‘show’ dan lain-lain lagi. Yusry juga memberitahu, katanya “sekiranya kos dikurangkan maka ia akan memberikan impak langsung kepada produksi”. Yusry dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan strategik Persatuan Teater Hidayah kerana menyediakan peruntukan berupa ‘in-kind’ seperti tempat latihan, set produksi dan ada juga yang memberikan ‘sponsor’ makanan bagi sesi latihan yang sudah tentu dapat membantu dari segi pengurangan kos.
Sesi latihan Batu Belah telahpun bermula pada 20 Jun 2023 lagi dan sehingga hari ini sesi latihan masih lagi dijalankan. Menurut Yusry, boleh dikatakan setiap hari akan ada sesi latihan diadakan bagi memastikan persembahan Batu Belah mencapai apa yang diharapkan. Akhir sekali krew PrezCom bertanyakan soalan bonus kepada Yusry iaitu “sekiranya diberikan peluang untuk memberitahu penonton kenapa perlu menyaksikan teater Purbawara ‘Batu Belah?’. Yusry menjawab, katanya “Batu Belah adalah satu persembahan yang lain daripada yang lain kerana setiap babak mempunyai isi dan keunikannya dan setiap pergerakan mempunyai maksudnya yang tersendiri disamping sulaman gurindam, silat, tarian tradisional atau dalam erti kata lain teater Purbawara Batu Belah mencantumkan kesenian didalam satu pementasan.
Tiket dan Tajaan
Tiket-tiket dijual dengan harga RM25 seorang dan setiap pembelian melayakkan penyertaan cabutan bertuah. Sebagai memberikan sokongan kepada aktiviti seni budaya dan pementasan teater, pihak PrezCom media memberikan tajaan tiket-tiket percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya kumuniti orang kurang upaya dari program Say Lead Pro dibawah naungan D.Y.T.M Raja Muda Selangor. Bagi yang berminat bersama-sama menonton teater ini bolehlah terus berurusan dengan Presiden, Persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia (SOKU), Nurzakiah bt Dzulkifli di whatsapp http://wa.me/+601120210077
#PrezCom