Kuala Lumpur, 30 Julai 2023 01.11pm. Disebabkan saman yang dikeluarkan oleh pihak polis kerana memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan juga tidak memakai tali pinggang seorang model wanita bertindak kurang sopan dengan menghamburkan kata-kata kesat terhadap dua orang anggota polis yang dilihat sedang mencatitkan surat saman dipercayai untuk wanita itu. Kisah tersebut berlaku di jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur pada jam 4.30 pm iaitu pada hari isnin yang lalu . Tular dimedia sosial sebuah klip video yang menayangkan sikap wanita itu yang sedang berkata-kata dalam keadaan marah . Wanita tersebut seolah-olah membuat provokasi terhadap kedua – dua anggota polis tersebut dan dibimbangi boleh menaikkan kemarahan mereka . Wanita itu menjadi semakin berang apabila salah seorang anggota polis mengambil video dirinya yang sedang dalam keadaan sangat marah .

Di petik dari sebuah portal pada 28 Julai 2023,  Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata: “Hal yang berlaku ini dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sehingga kini, video terbabit masih boleh diakses oleh orang ramai serta mendapat 274 perkongsian di Facebook dan 5,414 perkongsian di TikTok . Menurut Asisten Komisioner Amihizam lagi “Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

#PrezCom