
Kuala Lumpur -30 Julai 2023 12.02 am . Datuk Abdul Malik Dasthigeer ahli perniagaan yang ditahan oleh Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah SPRM pada tarikh 24 Julai yang lepas memberitahu akan memberi kerjasama sepenuhnya mengenai kes-kes yang dikatakan melibatkan beliau dan sekutunya . Menurut beliau setakat ini berbagai pendedahan kes yang melibatkan rangkaian syarikat miliknya serta berbagai tuduhan lain seperti dakwaan rasuah , pecah amanah , penyeludupan barangan haram dan pengurangan kadar cukai tidak sah . Beliau memberi jaminan akan membantu sehingga kes yang didakwa ke atas dirinya iaitu Anti-Money Laundering , Anti – Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Acc (AMLATFPUAA) selesai sepenuhnya .
Didalam kenyataan yang dibuat didalam instagram miliknya pada 28 Julai 2023 ( datoabdulmalik ) dipetik sebagai berkata ” Terima kasih kepada mereka yang telah menyatakan sokongan dan mari kita mengharapkan yang terbaik dan keadilan akan ditegakkan ” – UTUSAN 28 Julai 2023 . Dato Abdul Malik Dashtigeer adalah pemilik rangkaian perniagaan yang terkenal di Malaysia . Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan kepada Malik Group Of Companies yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd , Malik Maju Sdn Bhd , Malik Streams Properties Sdn Bhd , Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd dan Malik Streams Production & Distribution .
Sedikit latar belakang mengenai diri Dato’ Abdul Malik Bin Dasthigeer di lahirkan pada tahun 1982 . Di besarkan di Masjid India Kuala Lumpur . Beliau begitu meminati bidang perniagaan kerana membesar dikalangan kejiranan yang berniaga dengan berbagai jenis perniagaan . Beliau dikenali juga sebagai producer yang sering membawa pelakon-pelakon luar seperti dari India dan membawa berbagai filem tamil untuk ditonton di Malaysia
#PrezCom