
Kuala Lumpur, 29 Julai 2023 11.30 am . Tular di media sosial dan diberbagai media cetak seorang ahli perniagaan yang bergelar Dato dan seorang ahli politik serta kumpulannya di tahan oleh pihak berkuasa pada 24 Julai 2023 yang lalu di percayai atas kesalahan melakukan berbagai jenayah di antaranya adalah sindikit rasuah , pecah amanah , penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah . Kes di siasat dibawah Akta SPRM 2009 , Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram , Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram ( AMLATFPUAA )2001 , Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967- UTUSAN
Serbuan dan tangkapan dilakukan oleh Agensi-agensi Penguatkuasa yang dinamakan Multi Agensi Task Force ( MATF ) yang di ketuai oleh SPRM bersama enam agensi penguatkuasaan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM ) , Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM ) , Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM ) , Bank Negara Malaysia ( BNM ) , Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) dan Cyber Security Malaysia ( CSM ) . Pada keseluruhannya seramai 315 anggota dari berbagai agensi di atas menyertai operasi ini . Operasi yang di jalankan bersama ini dinamakan Op 82S dan ini merupakan sejarah iaitu kes pertama yang di lakukan oleh MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara Malaysia .
Op 82S ini dilakukan di 34 lokasi disekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan berjaya merampas wang tunai sebanyak RM38 juta ringgit , emas seberat 200kg yang dianggarkan bernilai RM60 juta ringgit . Turut di sita bersama adalah 17 buah kereta mewah berbagai jenama diantaranya adalah kereta Maserati , Ferari dan Mercedes Benz .
Menurut sumber daripada agensi berkaitan ahli perniagaan yang dimaksudkan adalah Dato Malik Dasthigeer yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Malik Group Of Companies yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd , Malik Maju Sdn Bhd , Malik Streams Properties Sdn Bhd , Malik Streams Anteena Movies Sdn Bhd dan Malik Streams Production & Distribution. Menurut sumber lagi ahli perniagaan tersebut di tahan pada awal pagi untuk siasatan . Turut mengesahkan penahanan tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki – UTUSAN 26 Julai 2023 .
Sumber memberitahu Malaysiakini ( 26 Julai 2023 ) ahli perniagaan kedua yang turut di tahan merupakan seorang pengedar filem yang pernah mengedarkan sebuah biografi ( The Untold Story ) berkenaan seorang kenamaan Sumber juga memberitahu bahawa ahli perniagaan kedua itu akan dibebaskan di hari berikutnya selepas siasatan diselesaikan . Dato Malik dan ahli politik tersebut telah pun dibebaskan apabila permohonan lanjutan tahanan reman ke atas mereka di tolak oleh mahkamah . Di beritakan juga bahawa SPRM akan memanggil seorang bekas menteri kabinet untuk membantu siasatan mengenai perkara ini . Menurut dari petiikan akhbar Malaysia kini bertarikh 26 Julai 2023 bekas menteri kabinet yg dimaksudkan itu adalah Datuk P. Saravanan namun ia segera menafikannya .
Hasil dari serbuan dan rampasan oleh berbagai agensi ini maka pihak berkuasa percaya bahawa telah terbenteras satu sindikit rasuah , pecah amanah , penyeludupan barangan haram dan pengurangan cukai telah berhasil dilaksanakan dengan jaya nya . Operasi besar-besaran ini dilihat sebagai satu amaran dan tindakan akan terus di ambil ke atas pihak yang melakukan kesalahan.
#Prezcom