
Kuala Lumpur, 27 Julai 2023. Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor membangun usahawan OKU melalui program Liga Usahawan OKU Malaysia atau juga dikenali sebagai SAY LEAD PRO (Leadership Entrepreneurship Acceleration and Development) melalui Selangor Youth Community (SAY) disokong oleh Yayasan Hasanah. Usaha ini adalah untuk membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawaan yang telah berlangsung selama 18 bulan.
Program Liga Usahawan OKU Malaysia ataupun SAY LEAD PRO bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan seterusnya mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermenafaat kepada masyarakat. Terdapat empat (4) fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation, Sustainability dan Giving Back to Society. Antara teras program ini adalah Latihan keusahawanan, penglibatan mentor dari industry, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga.
Pada fasa pertama program, seramai 90 orang usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sector makanan dan minuman (F&B), jahitan dan perniagaan atas talian. Pada fasa ini, peserta diberikan Latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan. Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.
Di akhir pembentangan, tiga usahawan akan dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.00 seorang.
Tiga pemenang Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia:
Tempat Pertama: Nor Zaidah binti Ab Rahman, Produk: Tanjak
Tempat Kedua:Lailatol Mawar binti Mohd Nor, Produk : Premium Batik Craft (Batik Tote Bag)
Tempat Kegita:Nurzakiah bt Zulkifli, Produk: Minyak Wangi
10 Peserta Yang Berjaya Ke Pusingan Akhir Adalah:
1. Siti Nurarfarahanim binti Anuar, Produk: Sambal Hitam Belimbing Buluh
2. Nurzakiah bt Zulkifli, Produk: Minyak Wangi
3. Ghana Sekaran A/L Doraisamy, Produk: Pakaian (Blouse Batik India)
4. Lailatol Mawar binti Mohd Nor, Produk : Premium Batik Craft (Batik Tote Bag)
5. Rosheedy Faizal bin Roslan, Produk: Kerepek dan Biskut
6. Nor Zaidah binti Ab Rahman, Produk: Tanjak
7. Nor Shahira binti Abdul Rahim, Produk: Pakaian\Blouse
8. Beh Miao Qing / Carol Qing, Produk: Mini Mart
9. Nor Azura binti Othman, Produk:Instant Rendang (Nalis)
10. Nurul Nadia Diana binti Adnan, Produk:Panipuri
Pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman yang terdiri daripada:
1. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY)
2. YBrs. Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi, Ketua Pegawai Strategi, Yayasan Hasanah
3. YBrs. Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorps
4. YBrs. Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, INSKEN
5. YBrs. Puan Hairul Azrien Baharudin, Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat mengenai program ini, wartawan PrezCom berkesempatan menemuramah Ketua Jurulatih Program Usahwan OKU SAY LEAD PRO, Ts.Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih mesra di panggil Coach Megat dan beliau berkata, katanya “SAY LEAD PRO adalah antara progrm yang sangat baik yang pernah saya bimbing kerana mempunyai tempoh masa yang mencukupi dan proses bimbingan yang berperingkat-peringkat. Program ini juga bukan sahaja mampu melahirkan usahawan yang hebat malah memberi peluang kepada peserta untuk menabur bakti semula kepada masyarakat kerana pada peringkat akhir program ini peserta dibimbing untuk menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan saya juga secara peribadi telah menganjurkan supaya peserta program menubuhkan persatuan sukarelawan mereka sendiri dan alhamdulilah peserta-peserta telah berjaya menyahut cabaran dengan tertubuhnya persatuan sukarelawan OKU Malaysia (SOKU).”
Mengulas lanjut, Coach Megat berkata, katanya: “Tidak dinafikan program SAY LEAD PRO agak sedikit mencabar kerana hampir 95% daripada peserta yang menyertai program ini tidak pernah berniaga dan tidak ada produk, mereka masih ‘zero knowledge’ tentang bisnes. Ada juga diantara peserta yang tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak mahu berniaga secara serious, serta ada juga diantara peserta yang masuk ke program ini bermentalitikan hanya untuk mendapatkan geran dan bukan menjadi usahawan. Alhamdulilah dengan tempoh masa selama 18 bulan semua ini dapat diatasi dan hari ini peserta yang dahulunya berada pada status ‘Zero’ hari ini menjadi ‘Hero’. Semua peserta yang dibimbing telah berjaya mempunyai produk mereka sendiri, berjaya memasuki pasaran dan mempunyai standard industri seperti Halal, Kod SKU (Stock Keeping Unit) , dan bagi peserta produk makanan produk mereka telah disteril, dibungkus dengan teknologi retort supaya mempunyai ketahanan yang lebih lama.” “Bayangkan kalau dahulu pendapatan mereka RM0 kita sudah ada yang mencapai sebanyak RM40K hingga $M80K sebulan, saya juga berharap lebih ramai lagi sahabat-sahabat OKU dapat dibantu dengan program seperti ini.”
Coach Megat juga memberitahu kami bahawa sebelum program SAY LEAD PRO beliau juga terdahulu sebelum ini telah terlibat menjadi ketua jurulatih membimbing program SAY LEAD yang juga dibawah naungan Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Program Say Lead dibuka kepada pemegang kad OKU B40 di Selangor yang mempunyai perniagaan tetapi menghadapi cabaran dalam mengembangkan pernigaan mereka. Peserta Say Lead dibantu dan dibimbing bagi mengembangkan perniagaan mereka sememtara program SAY LEAD PRO pula dilebarluaskan di Zon Tengah iaitu bagi peserta-peserta di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Program Say Lead Pro bertujuan membantu peserta OKU dari golongan B40 yang rata-rata tidak pernah berniaga dan tidak mempunyai produk dengan proses bimbingan berperingkat dan sistematik.
Note:Sumber Gambar – Kredit kepada Selangor Youth Community & Say Lead Pro
#PrezCom