
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 02.00pm. Yunalis Mat Zara’ai, 37 tahun atau lebih dikenali dengan nama Yuna mempersembahkan sebuah EP (extended play) berjudul ‘Masih Yuna’ dengan 4-trek dalam Bahasa Melayu sepenuhnya bagi peminat-peminatnya di Malaysia. Lagu-lagu didalam EP ini berjudul Menanti, Asing, Camaraderie dan Masih Sunyi merupakan hasil ciptaan Yuna sendiri bersama barisan komposer antarabangsa dan diterbitkan oleh Yuna Music.
Yuna dalam satu kenyataan berkata, katanya ““Sepanjang karier muzik saya, banyak komen yang saya terima daripada peminat bahawa saya sudah lupa diri, lupa dengan Malaysia, dan juga lupa kepada peminat-peminat di Malaysia. Namun, saya tidak ambil hati kerana itu semua tidak betul, saya masih Yuna yang anda kenal, bezanya selepas 10 tahun berada di Amerika Syarikat, banyak pengalaman yang saya timba. Album ini ibarat ‘surat cinta’ buat peminat di Malaysia setelah berkelana jauh di negeri orang.”
#PrezCom