Tawau, 25 Julai 2023 11.30am. Media sebelum ini melaporkan seorang nelayan warga emas bernama Addi Bangsa, 60 tahun di katakan hilang disambar buaya pada 19 Julai 2023 ketika turun menangkap ikan sekitar jam 4 pagi. Susulan dari laporan tersebut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin melancarkan operasi mencari mangsa dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan akhirnya berjaya menembak seekor buaya seberat 800 kilogram dan berukuran 4.26 meter panjang pada pagi 23 Julai 2023. Mayat Addi Bangsa akhirnya berjaya ditemui didalam perut haiwan reptilia berkenaan.

Pengecaman identiti mangsa telah dibuat oleh keluarga mangsa di Pusat Kawalan Operasi Bencara (PKOB) sebelum di serahkan kepada pihak polis untuk tindakah selanjutnya.

#PrezCom