Kuala Lumpur, 22 Julai 2023 02:00. Barisan Nasional telah mengumumankan calon-calonnya untuk Pilihan Raya Negeri di enam (6) negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan semalam. Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemumankan pada keseluruhannya Barisan Nasional akan bertanding di 108 kerusi pada 12 Ogos ini dan menegetengahkan 66 peratus calon muka baru. Ahmad Zahid ketika berucap di Majlis Pengumuman Calon BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam sekali lagi mengingatkan calon-calon supaya tidak memfitnah serta mencaci pihak lawan ketika berkempen. Beliau juga menasihati semua yang terpilih mewakili parti pada PRN kali ini, untuk berusaha sebaiknya, kuatkan semangat dan memelihara persefahaman kerana parti itu (Barisan Nasional) membawa agenda yang besar iaitu Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran.

Pilihan Raya kali ini membabitkan 245 kerusi DUN iaitu 36 kerusi di Negeri Sembilan, 40 kerusi di Pulau Pinang, 32 Kerusi di Terengganu, 45 kerusi di Kelantan, 36 kerusi di Kedah dan 56 kerusi di Selangor. Daripada 245 kerusi ini Barisan Nasional meletakkan 15 Calon di Kedah, 17 calon di Negeri Sembilan, 27 calon di Terengganu, 31 calon di Kelantan, 6 calon di Pulau Pinang dan 12 Calon di Selangor.

Seramai 9,773,571 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Ogos ini dengan Negeri Selangor mempunyai jumlah pengundi tertinggi iaitu sebanyak 3,747,057 orang diikuti Kedah dengan jumlah seramai 1,585,085 pengundi, Kelantan 1,411,912 pengundi, Pulau Pinang 1,234,198 pengundi , Terengganu 930,894 pengundi dan Negeri Sembilan dengan jumlah 864,425 pengundi.

#PrezCom