9
Kuala Lumpur, 21 Julai 2023 11:30am. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat satu hantaran di Facebook milik beliau menjelaskan keterangan yang di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya bertarikh 20 Julai 2023 berkenaan dokumen perjanjian Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (Assignment for Financial Service Reserve Account-FSRA) bukanlah bukti yang boleh dijadikan sandaran kepada bukti pelupusan hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) .
Tan Sri Muhyiddin menjelaskan bahawa dokumen yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim itu adalah penerbitan sukuk dan bukan pelupusan hutang peneroka FELDA. Tan Sri Muhyiddin menambah, katanya “Dokumen sukuk yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang dia tandatangan sebagai Menteri Kewangan. Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang dia tandangan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dia tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya. Jelas Anwar tidak layak untuk kekal sebagai Perdana Menteri.”
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin ini dikuatkan lagi dengan Siaran Media Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2023 yang mengesahkan bahawa perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) yang telah ditandatangani oleh Anwar Ibrahim adalah perjanjian melibatkan melibatkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA dan bukan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA sebanyak RM8.3bilion.
Susulan itu Tan Sri Muhyiddin telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atas Anwar Ibrahim.
#PrezCom