
Kuala Lumpur 20 Julai 2023 02:30pm. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu hantaran di Facebook miliknya dengan megemukakan bukti sebahagian dokumen perjanjian Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (Assignment for Financial Service Reserve Account-FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah ditandatanginya bagi memenuhi tuntutan yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu beliau mengemukakan bukti dokumen yang menunjukkan perkara itu berlaku. Perdana menteri juga mendakwa Belanjawan 2021 dan 2022 dibawah Perikatan Nasional tidak menyelesaikan hutang FELDA hanya Belanjawan MADANI 2023, beliau menyerahkan RM990juta peruntukan awal bagi melupuskan hutang peneroka FELDA yang berjumlah RM8.3bilion itu.
Perdana Menteri juga semalam selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa menyatakan, katanya “Saya boleh bawa, tak perlu tunggu 24 jam, dalam 12 jam saya boleh buktikan. Dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tak buat kerja, dia tak tahu.”. Kenyataannya itu dibuat bagi menjawab cabaran dan tuduhan Tan Sri Muhyiddin terhadapnya susulan kenyataannya yang mendakwa hutang peneroka FELDA RM8.3bilion tidak pernah dilupuskan dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin.
Perdana Menteri hari ini juga mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf dengan berkata “Justeru itu, saya mendesak Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya.”
#PrezCom