Kuala Lumpur, 20 Julai 2023 11:45am. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan semalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut berangkat ke majlis sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 9.00 pagi disambut oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Dato’ Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang mengajak seluruh rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara, halus dalam berpesan, harmoni dalam ikatan persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan.

Seri Paduka juga mahu rakyat untuk bersama mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang telah dikecapi.

Daulat Tuanku!

#PrezCom