Kuala Lumpur 18 Julai 2023 01:20pm. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan polis sekitar jam 3 pagi tadi dan dihadapkan ke Mahkamah Selayang, Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi pertuduhan diatas kenyatannya yang didakwa menyentuh isu 3R (Race, Religion, Royal) dalam ceramah politiknya di Selayang minggu lalu. Sanusi di dakwa atas pertuduhan yang mempunyai kecenderungan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan. Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Gombak pada 11 Julai lepas walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.Peguam, Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Sansi tidak membantah apabila Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang mengetui pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain mengeluarkan perintah supaya Sanusi tidak membuat sebarang komen berhubung kes sehingga kes berkenaan selesai. Mahkamah menetapkan 4 Oktober 2023 sebagai sebutan kes bagi serahan dokumen.

Terdahulu tular di media sosial berkenaan satu klip video yang memaparkan ucapan Sanusi yang dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor. Sanusi juga didakwa memenghina Yang di-Peruan Agong apabila mempertikai penubuhan kerajaan perpaduan yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Muhamamad Sanusi Md Nor mendakwa tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya menandakan kerajaan hari ini sedang dalam ketakutan. Muhamad Sanusi yang ditemurramah di luar mahkamah berkata, katanya “Ini adalah satu petanda bahawa mereka sebenarnya ketakutan dan segala aparatus negara dan agensi awam digunakan untuk menyekat perkembangan dan kehangatan sokongan rakyat” Sanusi juga menambah, katanya “Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan peluang saya dalam PRN. saya yakin rakyat Malaysia tahu tujuan sebenar mereka.”

Susulan pendakwaan terhadap Sanusi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusar, Riduan Mohamad Nor menerusi hantaran di Facebook miliknya meminta orang ramai membaca Qunut Nazilah bagi membantu Sanusi dan berdoa kepada Allah agar perancangan licik keatasnya digagalkan.

#PrezCom