Putrajaya, 17 Julai 2023 2:22pm. Hari ini merupakan ulang tahun kesembilan tragedi terhempasnya pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17. Pada 17 November 2022 Hakim Mahkamah Daerah The Hague, Hakim Hendrik Steenhuis di Belanda telah menyampaikan keputusan kes jenayah terhempasnya Pesawat MH17. Mahkamah Daerah The Hague telah mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu iaitu dua rakyat Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko atas dakwaan membunuh dan sengaja menyebabkan nahas pesawat pesawat MH17. Kesimpulan itu menjadi satu tanda aras yang penting dalam mendedahkan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk semua 298 mangsa dan keluarga terdekat mereka, termasuk 43 orang rakyat Malaysia yang terkorban dalam teragedi malang tersebut.

Bagaimanapun, usaha menuntut keadilan tidak terhenti dengan perkembangan ini. Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 pada 17 Mac 2023, memutuskan untuk meneruskan pendengaran mengenai penyelesaian Perbezaan antara pihak yang bertelagah. Malaysia berpendirian bahawa proses menuntuk keadilan mestilah berlandaskan kepada kebenaran, keadilan dan penuh tanggungjawab.

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 sebelum ditembak jatuh di timur ukraine oleh misil anti pesawat Buk dan menyebabkan semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak-anak kapal terbunuh.

Kami sekali lagi menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa tragedi pesawat MH17

#PrezCom