Kuala

Lumpur, 14 Julai 2023 050pm. Keputusan melantik Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun di serahkan dan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya gabungan PH dan BN membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Keputusan meluluskan permohonan itu di buat oleh Anwar Ibrahim di atas kapisitinya selaku pengerusi Pakatan Harapan. Keputusan ini juga adalah berikutan keputusan Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP yang telah sebulat suara mengesahkan Chow Kon Yeow sebagai calon parti itu untuk jawatan ketua menteri Pulau Pinang.

Dalam sesi yang sama Jawatankuasa Pemilihan Calon yang terdiri daripada pengerusi DAP, Lim Guan Eng; timbalan pengerusi, Gobind Singh; naib pengerusi Nga Kor Ming dan M Kulasegaran juga telah memutuskan untuk mengumumkan semua calon DAP selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Penamaan Calon.

Sementara itu Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu sebuah persatuan terbesar masyarakat Cina di Pulau Pinang yang melancarkan kempen bertajuk “Sokong Kesinambungan Ketua Menteri Cina di Pulau Pinang” telahpun menarik balik kempen mendesak untuk memastikan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah orang Cina susulan pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP apabila telah menamakan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

#PrezCom