Kuala Lumpur, 13 Julai 2023: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melancarkan Inisiatif National BIM e-Submission (NBES), yang merupakan sebagai satu lagi pencapaian penting ke arah pemerkasaan penggunaan teknologi Permodelan Maklumat Bangunan atau Building Information System (BIM) di Malaysia. Melalui NBES, Pelan Bangunan boleh dihantar dan dikaji secara digital melalui Building Information Modelling (BIM). NBES juga berpotensi menjadi salah satu sistem Auto Checker pertama di dunia bagi semakan dan kelulusan Pelan Bangunan di peringkat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melibatkan proses penyerahan dan penyemakan Pelan Bangunan secara digital. Berbeza dengan kaedah konvensional yang menggunakan pelan lukisan 2D, model BIM 3D digunakan untuk semakan pematuhan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) dan peraturan lain yang berkaitan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir.Ahmad Asri Abdul Hamid, katanya; “Kami percaya NBES adalah projek yang berimpak tinggi terutama bagi mempercepatkan proses mengarusperdanakan penggunakan BIM dan meningkatkan kecekapan proses berurusan didalam industri pembinaan””

NBES dibangunkan bagi tujuan memeriksa pelan secara autamatik dan mengikut pematuhan yang selaras dengan Undang-Undang Bangunan Seragam (UBBL) serta Standard Malaysia (MS 1184) dan diharapkan ianya dapat mengurangkan proses semakan pelan bangunan yang biasanya mengambil masa 21 ke 24 hari kepada hanya 48jam bergantung kepada kekompleksan model BIM yang dihantar. CIDB telah berjaya menjalankan projek rintis (pilot) dan pembuktian konsep (POC) yang melibatkan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu; Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kangar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, dan Dewan Bandaraya Kuching Utara. Selain itu, Majlis Perbandaran Kulim Kedah juga telah menunjukkan minat yang tinggi untuk melaksanakan NBES bagi meningkatkan dan menyelaraskan proses kelulusan bangunannya.” CIDB juga ketika ini sedang mengadakan kerjasama dengan beberapa PBT bagi melatih dan memberikan khidmat rundingan bagi penggunakan sistem NBES.

Sehubungan dengan itu CIDB juga menganjurkan Hari Pemodelan Maklumat Bangunan, Kuala Lumpur (KL BIM DAY) 2023 yang bertempat di Pusat Dagangan, Kuala Lumpur (WTC) bermula dari 11 Julai sehingga 13 Julai 2023 yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan BIM didalam industri pembinaan.

#PrezCom