Kuala Lumpur, 11 Julai 2023, 9.28 am. Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi, 55 tahun yang sebelum ini membuat pengumuman menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semasa selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan pada Ahad lepas berkata, ‘beliau bersedia menjadi calon PRN kali ini sekiranya dicalonkan namun beliau tidak kisah sama-ada dicalonkan ataupun tidak tetapi tetap akan memberikan sokongan kepada parti BERSATU dan Perikatan Nasional. Selain Raz Adiba, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Azlimah Zamil, bekas Ketua Cabang PKR, Yus Mazmi Ahmad Yusuf dan bekas timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail juga menyertai BERSATU.

Terbaru satu hantaran Facebook di buat oleh Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi dan menyatakan rasa terkejut beliau apabila menerima berita penghijrahan Ras Adiba itu. Menurut Nurulhidayah, Ras Adiba yang dianggapnya sebagai kakak pernah memintanya untuk ‘berbisik’ kepada ayahnya untuk menyambung ‘term’ sebagai Senator di Dewan Negara dan jawatan sebagai Pengerusi BERNAMA namun jawatan itu telah tidak disambung. Nurulhidayah juga menyatakan bahawa beliau telah menyampaikan hasarat ‘Kak Deeba’ (Ras Adiba) kepada ayahnya namun keputusan besar itu adalah keputusan YAB TPM sendiri dan sesiapa sahaja harus menghormati dan tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran.

Terdahulu, Ras Adiba dilantik sebagai Senator bagi mewakili golongan kurang upaya pada Mei 2020 dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebelum ini. Nurulhidayah dalam hantaran pendeknya mengucapakan. ‘All the Best’ kepada ‘Kak Deeba’ namun berharap penghijrahan Ras Adiba tiada kena-mengena dengan jawatannya tidak disambung.

#PrezCom