
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 2.20pm. Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Orang yang sihat boleh menghidapi penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi. Demam denggi dikatakan sangat berbahaya kerana tiada ubat untuk merawatnya dan ia boleh membawa maut.
Terbaru, kes kumulatif demam denggi dalam negara terus meningkat sebanyak 140 % dengan kadar 61,765 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai tahu ini berbanding 24,743 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Negeri Selangor terus menduduki kedudukan teratas berbanding negeri-negeri lain dengan peningkatan kes sebanyak 93 % iaitu dengan jumlah kumulatif sebanyak 30,660.00 kes di laporkan sehingga kini.
Sebagai salah satu langkah prihatin terhadap isu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan inisiatif program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 yang diadakan hari ini dan program seumpanya akan diadakan sebanyak dua kali setiap tahun dengan penglibatan semua agensi dan komuniti sebagai usaha menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes. KKM juga melancarkan inisiatif One Hour Clean Up bagi memastikan langkah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes terus diperkasa dikalangan masyarakat secara konsistent.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyarankan agar semua agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat mengambil bahagian dan menjadikan program One Hour Clean Up sebagai aktiviti bulanan kerana usaha ini dilihat mampu mengurangkan kes denggi. Terdahulu, sebagai langkah alternatif bagi mencegah berlakunya jangkitan demam denggi dan Zika KKM juga pernah menyarankan agar pihak masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menanam beberapa jenis tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk dan boleh ditanam berhampiran kawasan perumahan. Antara tumbuhan yang boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk adalah; pokok Bunga Tahi Ayam atau nama botanikalnya Lantana Camara, Serai Wangi (cymbopongan nardus), Bunga Selasih (Ocimum Basilicum), Akar Wangi, (Vetiveria Zizanioides), Aloe Vera/Lidah Buaya (Aloe Barbadensis Miller), Floramaster (Fernandoa Adenophylla), Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia), Mahagoni/Mambu (Azadirachta indica) dan Jeremin (Pelargonium Citrosum)
#PrezCom