
Putrajaya, 9 Julai 2023. Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang hari ini menyempurnakan pelancaran program Ini Warisan Kita yang bertempat dia IOI City Mall, Putrajaya. Program Ini Warisan Kita yang bertemakan “Melestarikan Perpaduan” adalah bagi menyantuni hasrat kerajaan didalam membangun Malaysia MADANI dengan menerapkan elemen hormat-menghormati serta menjadikan warisan sebagai salah satu platform pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu program ini juga diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini.
Maklumat Program:
Tarikh: 7 – 9 Julai 2023 (Jumaat – Ahad)
Masa: 10.00 Pagi – 10.00 Malam
Tempat: West Court, Ground Floor, IOI City Mall, Putrajaya
Program Ini Warisan Kita ini diadakan selama tiga (3) hari bermula dari 7 hingga 9 Julai 2023 dengan lima (5) pengisian utama iaitu:
1. Pameran Ruah Etnik: Etnik seperti Chetti, Baba Nyonya, Mah Meri, Siam dan Protugis akan ditampilkan dengan kepelbagaian aktiviti seperti seni tari, busana, makanan tradisi dan hasil kraftangan.
2. Persembahan Kebudayaan: Persembahan kebudayaan yang berunsurkan silang budaya akan turut diketengahkan agar dapat dipertontonkan kepada orang awam dengan lebih dekat lagi.
3. Panel “Moment of Unity”: Panel panel gambar yang memaparkan detik-detik perpaduan yang tercetus dalam kalangan masyarakat untuk dihayati oleh setiap pengunjung.
4. Pertandingan Mencanting Batik: Aktiviti yang meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan secara praktikal melalui pertandingan mencanting batik.
5. Pameran Rerual Agensi: Naskah-naskah warisan yang menjadi khazanah berharga negara dipamerkan di reruai Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia
Menurut YBM Kementerian Perpaduan Negara (KPN), YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, inisiatif program Ini Warisan Kita adalah salah satu pengisian utama dalam program flagship Kementerian iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI. Selain dapat meningkatkan pengalaman “feel good factor.” program seumpama ini berupaya menyuntik semangat cinta kepada tanah air melalui penghayatan terhadap kepelbagaian khazanah yang kita warisi sejak turun temurun lagi.”
#PrezCom