
Kuala Lumpur, 8 Julai 2023 03.34pm. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana berbohong. Dakwaan ini di buat oleh Tan Sri Muhyiddin susulan Anwar dikatakan telah menipu berhubung langkah kerajaan melupus hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan mendakwa bahawa hutang FELDA sebenarnya telah dilupuskan oleh kerajaan pimpinannya sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2021 lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat kenyataan ini di Facebook miliknya juga berkata: “Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023 di mana pelupusan hutang peneroka FELDA telah dilaksanakan pada tahun 2021. Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai FELDA, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan. Susulan itu, mantan Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada 24 Februari 2023 bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 billion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021.”
Sementara itu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sewaktu berucap semperna hari peneroka FELDA di MAPES Serdang, Selangor menjelaskan isu ini dan berkata “orang politik ini banyak bicara, banyak janji tetapi mengamalkannya itu tidak, pimpinan silih berganti, perdana menteri silih berganti, menteri bertanggungjawab soal FELDA juga silih berganti dan baru-baru ini tiga (3) tahun berdegar-degar mereka berbicara nak jaga orang Melayu nak jaga Islam tetapi hutang pun tidak dilupuskan sehingga kita ambil alih baru-baru ini. Ya memamng diumumkan, saya tengok fail, berapa keperluan RM8.3Bilion ringgit. Mana kelulusan? Tidak ada. Bulan lalu saya luluskan perlupusan hutang RM8.3Bilion ringgit.”
Kenyataan Perdana Menteri ini telah menjelaskan dan memberikan gambaran sebenar tentang isu FELDA.
#PreaCom