Kuala

Lumpur, 7 Julai 2023 12.30pm. Terbaru, Nooryana Najwa iaitu anak kepada Najib Razak mendakwa bahawa penyokong Najib Razak sudah mula hilang sabar kerana dilihat tiada usaha ketara dilakukan oleh UMNO di dalam menegakkan keadilan untuk Najib Razak. Terdahulu sebelum ini juga Mohd Nizar (anak najib) ketika hadir pada Perhimpunan Ahung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menyatakan bahawa penyokong parti itu melahirkan rasa risau dengan keadaan ayahnya yang masih meringkuk di Penjara Kajang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi hari ini menolak dakwaan bahawa tiada usaha dilakukan bagi membela Najib Razak sehingga ada penyokong dikatakan mahu memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ahmad Zahid Hamidi berkata “Kita mesti boleh membezakan diantara soal perundangan dan Pilihan Raya Negeri (PRN).  Kerana Datuk Seri Najib sendiri meminta penykong beliau memberikan sokongan kepada kerajaan madani sekarang ini dan oleh itu tiada sebab segelintir mereka yang berpendapat tiada usaha-usaha dilakukan bagi membela beliau (Najib Razak).

Sementara itu Ahmad Zahid Hamidi juga menolak tanggapan bahawa MCA dan MIC mengambil keputusan untuk tidak bertanding di PRN kali ini sebagai satu tindakan boikot kerana kedua-dua parti komponen itu telah menyatakan komitmen untuk terus membantu jentera BN di keenam-enam negeri. Kenyataan ini di buat beliau selepas melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal di Kuala Lumpur hari ini.

#PrezCom