
Kuala Lumpur, 6 Julai 2023 01.30pm. Berdasarkan data terbaharu yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat akhir tahun lalu dianggarkan terdapat kira-kira 130,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar. Sebagai menifestasi keperihatinan Kerajaan Perpaduan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah beberapa inisiatif telah di jalankan bagi mengurangkan impak ekonomi kepada rakyat dan antaranya adalah Inisiatif Payung RAHMAH..
Program Inisiatif Payung RAHMAH adalah program jangka pendek selama enam bulan yang di terajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang turut membabitkan kerjasama bersama Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Pengankutan yang bertujuan untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar mengimbangi peningkatan kos sara hidup.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH bersama Grab Malaysia dan Jaya Grocer yang di adakan di Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur. Inisiatif bersama Grab Malaysia dan Jaya Grocer ini adalah bagi membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia berikutan peningkatan kos sara hidup yang terus meningkat.
Melalui inisiatif ini tiga (3) bentuk promosi di tawarkan melalui platform Grab iaitu Pakej RAHMAH, Jualan RAHMAH dan Bakul RAHMAH. Pakej RAHMAH menawarkan promosi ‘Mix & Match’ dari serendah RM18 di GrabFood, Pakej Jualan RAHMAH menawarkan diskaun sehingga 40% bagi barangan keperluan harian secara eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart manakala Pakej Bakul RAHMAH menyokong komuniti pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas. Turut bersama menjayakan Inisiatif Payung RAHMAH bersama Grab Malaysia dan Jaya Grocer adalah 1,000 perniagaan dan pembekal sediaada.
Sementara itu Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi facebook miliknya menyatakan “sudah menjadi tugas Kerajaan untuk menguruskan ekonomi negara. Jika kita nak tunggu penyelesaian makro, mungkin ia akan mengambil masa yang lebih lama kerana kos sara hidup juga berkait rapat dengan inflasi, nilai mata wang, gaji dan pelbagai lagi. Sebab itulah KPDN mengambil langkah tuntas dengan menyantuni isu makro – isu perut rakyat terlebih dahulu.”
Datuk Seri Salahuddin Ayub juga memberitahu antara lima (5) intervensi utama kerajaan didalam memandu kelestarian hidup rakyat ketika ini termasuklah:
1. Meneruskan subsidi utama barangan keperluan asas
2. Menyelia kawalan bekalan dan barangan keperluan asas
3. Memperkasakan dan mengukukhan penguatkuasaan
4. RAHMAH – inisiatif yang memberikan fokus untuk membantu golongan rentan
5. DAYA – inisiatif mendayaupayakan pendapatan rakyat
KPDN dilihat terus komited bagi memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan boleh berbelanja barangn keperluan harian dengan harga yang berpatutan.
#PreaCom