Kuala Lumpur, 4 July 2023 06.00pm. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas kenyataan terbaru yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menuruti ‘Manifesto DAP’ untuk menjadikan negara ini berbilang kaum dan tanpa agama rasmi. Anthony Loke menyifatkan dakwaan Tun Mahathir itu sebagai tidak berasas dan menegaskan semua ahli parlimen DAP menghormati Perlembagaan Persekutuan dan termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Anthony Loke juga mengingatkan Tun Mahathir bahawa semasa beliau (Tun Mahathir) menjadi Perdana Menteri bermula Mei 2018 sehingga Februari 2020 beliau juga didokong oleh 42 orang ahli Parlimen DAP dan DAP tidak pernah menarik sokongan.

Sependapat dengan Anthony Loke dan memetik dari portal MalaysiaGazette 4 July 2023, veteran DAP, Tan Sri Lim Kita Siang mengingatkan Tun Mahathir akan peranan beliau (Tun Mahathir) semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2018 bilamana Tun Mahathir berikrar menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan DAP sangat menyokong.” Tetapi akhirnya Mesyuarat Kabinet telah tidak setuju dengan langkah meratifikasikan ICERD.

Terdahulu sebelum ini Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Facebook miliknya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengikut menifesto DAP supaya parti itu tidak menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan kerana sekiranya DAP menarik diri kerajaan itu akan jatuh. Tun Mahathir juga memberikan pencerahan terhadap dakwaannya bahawa walaupun DAP ada empat (4) menteri di dalam Kabinet tetapi didalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP. Tun Mahathir juga menegaskan bahawa sekiranya ini berlaku maka Malaysia akan menjadi negara sekular dan agama Islam bukan lagi agama rasmi di Malaysia serta secara tidak langsung akan tergugurlah keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasaman Islam (OIC).

Terbaru Tun Mahathir mengeluarkan pula kenyatan di Facebook peribadi miliknya dan menyatakan pendirian tegasnya menolak Manifesto DAP tentang “Malaysia Malaysian” yang diterjemahkannya sebagai Negara Berbilang Kaum dengan berkata: “Tidak pernah terjadi pendatang asing atau keturunan mereka yang diberi suaka di sesuatu negara menuntut supaya negara yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara kaum pendatang, iaitu negara berbilang kaum. Itulah maksud Malaysian Malaysia. Negara Melayu hendaklah ditukar menjadi negara berbilang kaum Malaysian Malaysia. Tanah Melayu dihapuskan dan diganti dengan negara berbilang kaum Malaysian Malaysia.

#PrezCom