
Kuala Lumpur, 29 Jun 2023 09.38am – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan keizinan Allah SWT telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah pada 27 Jun 2023. Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka Baginda.Seri Paduka Baginda berdua seterusnya telah menyempurnakan Tawaf dan Saie Haji di Masjidil Haram pada 28 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444H. Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Julai 2023.
Sementara itu seramai 31,600 orang jemaah dari Malaysia menunaikan haji tahu ini. Hari ini semua jemaah haji Malaysia telah melayakkan mereka bergelar haji dan hajjah setelah selamat melontar di jamrah dan bertahalul selepas meninggalkan Arafah. Pada masa yang sama mereka turut meraikan Aidiladha dan melakukan korban sehingga tamat hari tasyrik. Hari ini Takbir dilaungkan di Masjidilharam bagi menandakan hari kemenangan jemaah melakukan haji dan ibadah korban. Khutbah solat sunat Aidiladha di Masjidilharam disampaikan oleh Khatib Sheikh Dr. Yaser Ad-Dawsary Hafizahullah.
#PrezCom