Kuala Lumpur, 28 Jun 2023 03:27pm. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar didalam ucapannya semperna Majlis Pelancaran dan Apresiasi Industri Driven Talent Accelaration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDS) pada hari Isnin lalu berkata, dapatan dari Forum Ekonomi Dunia 2020 memberitahu bahawa Kecerdasan Buatan (AI) boleh menyebabkan berlaku kemelesetan pasaran pekerjaan kerana AI akan mengambil alih banyak tugas yang dilakukan oleh manusia terutama didalam industri Pembuatan, Kesihatan dan Khidmat Pelanggan. Forum Ekonomi Dunia 2020 juta memberitahu bahawa sebanyak 85 juta pekerjaan di seluruh dunia akan digantikan oleh robot menjelang tahun 2025 dan di negara kita seramai 4.5 juta pekerja berisiko hilang pekerjaan menjelang tahun 2030. Namun begitu kita bernasib baik kerana pekerjaan baru yang akan muncul ini boleh digabungkan dengan teknologi oleh itu keperluan meningkatkan kemahiran ‘upskilling dan reskilling’ bukan sahaja pada perubahan kerjaya tetapi juga untuk terus kekal dalam pekerjaan.

Terdahulu, pihak kerajaan telah mensasarkan sebelum tahun 2030 negara kita akan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 35% tenaga kerja adalah tenaga kerja berkemahiran tinggi. Bagi mendepani usaha ini Sivakumar berkata pihak kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.2 juta bagi meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja berdasarkan keperluan industri didalam memacu semula ekonomi negara. Kementeriannya menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mewujudkan ID-TAP yang bertujuan menaik taraf kemahiran pekerja berdasarkan keperluan semasa dan juga untuk memenuhi keperluan masa hadapan.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri terutama bagi industri seperti mekatronik, elektrik dan elektronik, kejuteraan elektrik dan analisa data serta teknologi maklumat.Mereka yang berminit untuk mengikuti program ini boleh terus memohon menerusi industri ataupun syarikat dan pusat pembangunan kemahiran negeri. Sivakumar juga memberitahu bahawa setakat ini pihaknya telah memberikan kelulusan kepada 627 orang peserta antaranya 75 orang dari Negeri Sembilan, 88 orang dari Selangor dan 177 orang dari Kedah.

#PrezCom