Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 12.30pm. Terdahulu sebelum ini hasil Laporan Analisis Peperiksaan SPM 2022 yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada 8 Jun lalu telah mendapat perhatian umum dan mencetuskan kekhuatiran didalam masyarakat apabila hampir 90,000 calon yang menduduki SPM tahun lalu telah gagal dalam pelajaran Matematik. Atau lebih tepat lagi seramai 89,752 orang calon (24.3 peratus) darpada 373,974 orang calon yang menduduki SPM tahun lalu gagal dalam Matematik. Akhbar-akhbar arus perdana mula mamainkan itu ‘Generasi Buta Matematik’ sebagai konotasi simbolik terhadap itu ini. Belum pun isu Generasi Buta Matematik tamat kini timbul pula isu ‘Belia Bankrap’.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Tuan Ramkarpal Singh berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), lebih 31,140 belia didaftarkan sebagai bankrap sejak tahun 2014 hingga Mei 2023. YB Tuan Ramkarpal Singh juga mendedahkan bahawa pihak kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengekang isu muflis ini dengan memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap termasuklah golongan belia. Inisiatif kerajaan itu di buat dengan membantu golongan bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil iaitu di bawah jumlah RM50,000 yang memenuhi syarat dapat dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023. Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah meminda Akta Seksyen 5 (1) Subseksyen (a) Akta Insolvensi 1967 iaitu Akta 360 melalui Akta Insolvensi Pindaan 2020 atau Akta A1624. Pindaan ini adalah untuk menetapkan nilai keberhutangan kepada RM100,000. Peningkatan had minimum muflis ini secara tidak langsung telah membantu mengurangkan peratus bankrap yang didaftarkan dengan MDI termasuklah golongan belia.

Pihak kerajaan juga turut memperkenalkan peruntukan berkenaan pelepasan automatik pada tahun 2017 di bawah Akta 360 yang membolehkan golongan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh tiga tahu daripada tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal (PHE) dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. Kenyataan ini di buat oleh beliau sewaktu sesi pertanyaan bagi menjawab soalan lisan berkaitan usaha kerajaan membendung isu belia muflis pada hari Isnin, 26 Jun 2023 semalam apabila Senator Mohd Hasbie Muda bertanyakan tentang usaha kerajaan bagi membendung isu bankrap.

#PrezCom