
Kuala Lumpur, 25 Jun 2023 08.30pm. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengaku dan memberitahu bahawa Tony Pua masih merupakan penasihat dasar DAP, cuma Tony Pua tidak menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang malah beliau (Tony Pua) juga tidak menyatakan minat untuk bertanding didalam PRN kali ini. Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Damansara itu, Tony Pua melebel Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai ‘Pakatan Korup’ sewaktu memberikan ucapan di Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin dan mendatangkan kemarahan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Hari ini, beberapa pemimpin UMNO dilihat mula berani bersuara dan memberikan pandangan dan antaranya termasuk Datuk Seri Diraja Mahdzir bin Khalid. Memetik laporan portal berita UMNO Online 24 Jun 2023 semalam, Pengerusi Barisan Nasional Kedah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, pelampau politik seperti Tony Pua berkemungkinan mempunyai ‘masalah otak’ dan tidak perlu dilayan.
Sementara itu Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencabar DAP untuk memecat Tony Pua sekiranya mereka benar-benar sesious ingin berkerjasama dengan UMNO dan ingin mendapatkan undi orang Melayu.
#PrezCom