
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 03.14am. Bertindak atas laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKMKL) telah menerima laporan dan ambil maklum atas isu berkenaan dua (2) orang pelajar sekolah yang berniaga di hadapan perkarangan Maybank Jalan Gombak dan Maybank Setapak. Menurut pengadu, Hussen bin Zulkarai dua (2) orang pelajar diarah oleh bapa mereka untuk berniaga di perkarangan Maybank tersebut bermula dari tahun lepas lagi dan pengadu menyifatkan dua orang remaja ini diainaya oleh bapanya sendiri.
Hussen didalam video yang tular di Facebook bertajuk “JKM DAH MAMPUS KE?” memberitahu bahawa Muhamad Wafiq bin Kasman, tingkatan empat (4) boleh dikatakan kini setiap hari berniaga di perkarangan Maybank Jalan Genting Klang manakala adiknya Muhamad Aqlan, tingkatan dua (2) berniaga di perkarangan Maybank Jalan Gombak. Ketika Hussen menemui Muhamad Akhlan di perkarangan Maybank Muhamad Akhlan pada ketika itu tidak kesekolah dengan alasan bangun lambat. Hussen atas rasa bertanggungjawab juga telah membuat laporan ke pihak Jabatan Kebajikan Masayarakat (JKM) dan juga telah ke menghubungi pihak sekolah Menengah Setapak Indah bagi melaporkan dan mendapatkan sendiri maklumat dari pihak sekolah. Pihak sekolah yang sedia maklum dengan isu ini juga memberitahu bahawa remaja ini memang kerap tidak ke sekolah.
Menurut laporan yang di terima oleh pihak JKM pada 29 Mei 2023, pelindung telah menjalankan siasatan berkaitan Aduan Talian Kasih ( No Kes: 613218) pada 29 Mei 2023 lebih kurang pukul 4.20 petang berkaitan remaja yang bernama Muhamad Wafiq, tingkatan empat (4) yang dikatakan berniaga di hadapan kaki lima Maybank (Cawangan Setapak) bermula pada jam 1.00 petang sehingga larut malam.
Walaubagaimanapun sewaktu siasatan dibuat remaja tersebut tiada ditapak lokasi. Apabila pemantauan kali kedua dibuat bersama Pelindung dari Unit Kanak-Kanak JKM WPKL juga mendapati remaja tersebut tiada dilokasi (tidak menjalankan aktiviti) sebagaimana dalam aduan. Di samping Pelindung membuat siasatan dan pemerhatian, Pelindung juga telah bertanya kepada Pegawai Keselamatan yang bertugas di Maybank tersebut namun beliau juga memaklumkan tiada melihat kanak-kanak yang menjalankan aktiviti sepertimana dinyatakan.
Terbaru hari ini (22 Jun 2023) JKM sekali lagi turun ke lokasi kejadian bagi membuat siasatan susulan dan juga sekali lagi menziarahi Sekolah Menengah Setapak Indah bagi mengikuti perkembangan isu dua orang kanak-kanak ini. JKM yang telah membuat pemantauan dari kes ini di buka pada 29 Mei 2023 lagi telah menjalankan dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah bagi terus bresama memantau isu ini. Siastan yang dibuat oleh pihak JKM juga mendapati kanak-kanak tersebut telah dengan sukarela membantu keluarga dengan berniaga selepas waktu persekolahan tamat. Pelindung juga telah ke lokasi sekali lagi pada waktu tengahari bagi memastikan perkembangan isu ini dan mendapati remaja tersebut tiada di lokasi.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JKMKL), Che Samsuzuki bin Che Noh, beliau telah mengambil maklum tentang aduan dan video yang tular di media sosial dan telah mengarahkan pegawainya untuk terus bertindak atas aduan dengan serta-merta. Beliau menjelaskan bahawa kes ini bukan sahaja didalam radar JKM tetapi juga akan terus dipantau secara berkala. Che Samsuzuki berkata: “Apapun yang kita buat adalah demi kebajikan masyarakat dan bagi menjaga kebajikan mereka-mereka yang memerlukan bantuan cuma ada sesetengah kes yang memerlukan pemantauan secara berkala.” Che Samsuzuki juga menambah bahawa pihaknya akan terus memantau isu ini dan beliau berharap orang ramai terus memberikan kerjasama bersama pihak JKM untuk terus membantu dan melindungi golongan yang memerlukan bantuan.
#PrezCom