Kuala Lumpur, 17 Jun 2023 7.10pm. Malayan MC anjur ‘5th Anniversary Bike Festival’ bertempat di Wisma Alley Azran, AU3 Keramat, Kuala Lumpur. Peminat-peminat dan pemilik motosikal berjenama Harley Davidson berkumpul bersama-sama menjayakan dan meraikan program ini. Selain dari sesi pertujukan motosikal Harley Davidson terdapat juga jualan motosikal serta aksesories diadakan. Pengunjung yang hadir boleh juga menikmati pelbagai makanan dan minuman kerana terdapat gerai-gerai kecil yang dibuka bagi tujuan itu.

Pelbagai model Harley Davidson dipertontonkan dari segmen model Touring, Softail, Custom, Trike dan Rev Max, antaranya model Road King, Street Glide, Road Glide, FXST Softail, Street Bob, Breakout, Fat Boy, Sport Glide, Heritage Classic, Sposter, dan Nightster berjaya mecuri tumpuan pengunjung yang hadir. Peminat-peminat dan pemilik motosikal Harley Davidson yang tidak berkesempatan untuk bersama pada hari ni masih berkesempatan untuk bersama di program ini yang dijadualkan tamat pada 18 Jun 2023.

#PrezCom