Kuala Lumpur 11 Jun 2023. Seramai 14,858 daripada 388,832 orang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2002 tidak hadir menduduki peperiksaan SPM. Presiden Ikatan iGuru Malaysia, Ustaz Mohd Azizie Hasan berkata; ‘Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia perlu perlu membuat kajian ataupun meneliti apakah punca-punca apakah sebab mereka tidak mengambil SPM tersebut dan melihat adakah mereka ini daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun sekolah-sekolah persendirian. Kedua guru-guru perlu kenalpasti kenapa pelajar-pelajar tersebut tidak hadir SPM dan perlu mendekati dan mencari jalan yang terbaik untuk mereka mengambil peperiksaan SPM dan ketiga adalah peranan kaunselor disekolah bagi melihat isu ini dan mencari jalan yang terbaik melalui kaunseling.

Azizi juga berkata dengan adanya pilihan seperti Ekonomi GIG iaitu perkerjaan berasaskan kontrak jangka pendek menyebabkan pelajar kurang berminat menyambung pelajaran kerana mereka mempunyai pilihan lain bagi menjana pendapatan. Selain itu beban kewangan di universiti, program yang tidak releven, tempoh yang panjang dan tidak mempunyai jaminan pekerjaan juga menyebabkan pelajar tidak beminat untuk menyambung pelajaran.

Sementer itu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memandang serious terhadap isu ini dan berkata penelitan perlu dibuat bagi membolehkan intervensi yang sewajarnya diambil terutama bagi tahun-tahun akan datang.

#PrezCom