
Kuala Lumpur 10 Jun 2023 11.30pm. Satu program karnival usahawan telah diadakan hari ini dengan jayanya bertempat di Dewan Mawar, Kolej Mawar UITM Shah Alam, Selangor bertajuk ‘Karnival Usahawan OKU SAY LEAD PRO 2023’. Karnival usahawan ini di anjurkan oleh peserta-peserta Orang Kurang Upaya (OKU) dari program SAY LEAD PRO dengan kerjasama Unit Perkhidmatan OKU (UPO), Universiti Teknologi MARA (UITM) yang bertujuan untuk melatih dan memberikan peluang semula kepada peserta-peserta Orang Kurang Upaya menyumbang kepada masyarakat.
Program SAY LEAD PRO yang di sokong oleh Yayasan Hasanah ini adalah program Liga Usahawan OKU Malaysia anjuran Selangor Youth Community di bawah naungan Duli Yang Teramat Mula (D.Y.T.M) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di anjurkan dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Program yang berjalan selama 18 bulan ini, hari ini telahpun memasuki fasa ke-empat bertemakan ‘Giving Back to Society’ dan telahpun berjaya di laksanakan dengan sangat baik oleh peserta-peserta program SAY LEAD PRO dengan bimbingan sebelas (11) orang mentor-entor usahawan dan jurulatih mereka.
Wartawan PrezCom sempat menemuramah ketua juurulatih program ini Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih mesra di panggil Coach Megat bagi membuat sedikit komen dan mendapatkan maklumbalas secara lebih tepat. Coach Megat memberitahu, katanya:
“Program SAY LEAD PRO ini telah bermula pada bulan January 2022 lagi dan peserta-peserta telah di pilih khusus daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memegang kad OKU yang sah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia sekitar 18 hingga 45 tahun. Program ini mempunyai empat (4) fasa iaitu fasa petama, ‘Unearth The Talent’ yang dijalankan selama 4 bulan dimana peserta-peserta telah diberikan bimbingan bagi menghasilkan produk masing-masing dan program SAY LEAD PRO setakat ini mengkhususkan kepada bidang Pakaian dan Fesyen, Peruncitan dan ePeruncitan serta Bidang Makanan (F&B). Selepas tamat fasa pertama peserta akan memasuki fasa kedua iaitu ‘Commercialization’, fasa ini juga berjalan selama 4 bulan dimana peserta-peserta perlu memasarkan produk-produk yang telah mereka berjaya hasilkan di fasa pertama dan sudah pasti peserta-peserta di berikan latihan ilmu pemasaran serta di bimbing oleh mentor-mentor mereka bagi memasarkan produk mereka. Fasa ketiga pula adalah fasa ‘Sustainability’ dan fasa ini juga mengambil masa 4 bulan. Fasa ketiga memberikan penekanan kepada peserta untuk memperkemaskan lagi peroduk mereka di ketahap ketersediaan yang lebih baik. Peringkat terakhir adalah fasa ke empat iaitu ‘Giving Back to Society’ dah karnival hari ini adalah antara salah satu aktivi yang dijalankan di fasa yang ke empat. Selain dari karnival, di bawah fasa yang ke empat juga peserta-peserta telah di latih dengan ilmu-ilmu kesukarelawanan serta perlu menduduki peperiksaan. Aktiviti akhir fasa ke empat akan diadakan pada 27 Julai 2023 dimana peserta-peserta akan membuat pembentangan (pitching) dihadapan Duli Yang Teramat Mula (D.Y.T.M) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan membentangkan perkembangan bisnes mereka serta jualan yang mereka berjaya buat semasa program ini di jalankan.”
Coach Megat menambah, katanya;
“Program SAY LEAD mempunyai track record yang sangat baik di mana ada dikalangan peserta-peserta yang lepas yang telah berjaya merekodkan jualan jutaan ringgit dan selain dari hanya memfokuskan jualan ada juga peserta-peserta yang telah mengambil inisiatif menubuhkan persatuan dan koperasi yang bertujuan menyediakan platform bagi membantu gologan OKU yang lain, maka hari ini wujudnya Koperasi Usahawan MyOKU yang di terajui oleh saudara Asyraf Mahat, Majlis Belia OKU Malaysia yang di pengerusikan oleh saudara Faiz Suhaimi dan saya berharap selepas ini dari kohot ini akan wujud pula Persatuan Usahawan OKU Malaysia yang diwujudkan khas bagi menjadi platform kepada usahawan-usahawan pemula terutama bagi golongan OKU ini. Saya juga berharap lebih ramai lagi individu dari kategori OKU tampil aktif dan mengambil bahagian bukan hanya didalam aktiviti keusahawanan tetapi juga didalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan.”
Coach Megat juga sempat merakamkan setinggi-tinggi tahinah kepada saudara Rosheedey Faizal bin Roslan selaku pengerusi program Karnival Usahawan OKU SAY LEAD PRO serta semua ahli jawatankuasa program yang terlibat dan juga kepada pembimbing-pembimbing yang sangat komited mengupayakan peserta untuk terus aktif dan mengambil bahagian.
Antara peserta-peserta yang terlibat mengambil bahagian didalam menjayakan program hari ini adalah; saudara Ahmad Ihsan bin Ahmad Firdaus, saudara Beh Miao Qing (Pembimbing: Pn Carol), saudara Gnana Sekaran A/L Doraisamy, saudara Khairul Izam bin Mohd Yusof, cikpuan Lailatol Mawar binti Mohd Noh, saudara Lim Wai Han (Pembimbing: Pn Lay Hong), saudara Lukman Hakim bin Mohd Junaidi (Pembimbing: Pn Siti Lestari), saudara Mohamad Nasrulhaq Hakam bin Nor Azman (Pembimbing: Pn Ezlin), saudara Muhammad Afdhal bin Rosmadi (Pembimbing: Pn Zawiah), cikpuan Nor Azura binti Othman, cikpuan Nor Zaidah binti Ab Rahman, cikpuan Norhaiza binti Selamat, cikpuan Norshahira binti Abdul Rahim, cikpuan Nur Zakiah bt Zulkifli, cikpuan Nurul Nadia Diana binti Adnan, saudara Rahinor bin Nordin, saudara Rosheedey Faizal bin Roslan, cikpuan Rossita binti Md. Zaman, cikpuan Seri Surwati binti Ahmad Razaman, cikpuan Siti Fatimah binti Zainal, cikpuan Siti Norfizahaida binti Ariffin, cikpuan Siti Nurarfarahanim binti Anuar dan cikpuan Suzita Enis binti Sukri.
Program hari ini juga telah di hadiri oleh tetamu khas, Ybrs. Encik Muhammad Aariq bin Amirza wakil dari Yayasan Hasanah, Ybrs Prof Madya Ts. Dr Roslinda Alias wakil dari Unit Perkhidmatan OKU UITM, Cikpuan Saadiah@Juliana Saadun, juga wakil dari Unit Perkhidmatan OKU UITM, Ybrs, Encik Sumardianshah bin Silah wakil dari Kolej Kediaman Mawar, Ybrs. En Zaiferez Hadzere bin Zainal wakil dari Selangor Youth Community (SAY) serta Saudara Abdul Azim Naim bin Rahman dari Selangor Youth Community (SAY). Selain tetamu-tetamu khas yang dijemput, turut menjayakan program ini adalah penceramah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), saudara Muhamad Nasrul Shaidon dan empat (4) orang selebriti TikTok (TikTokers) iaitu cikpuan Aliah binti Mohamad Sarifuddin, saudara Adzren bin Adnan, saudara Mohammad Azwan bin Abu Bakar dan saudara Muhammad Hasif bin Roslan.
Selain itu, selain daripada Ketua Jurulatih program SAY LEAD PRO, Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari antara mentor-mentor yang telah membantu menjayakan program ini adalah; Cikpuan Maria Susanti Mitra, saudara Mohamad Izwan bin Md Daud, saudara Fahzan Adli bin Borhan dan saudara Mohd Naimmi bin Md Rejab mentor dari kategori Peruncitan & ePeruncitan. Datin Noor Haizah bt Azman, Cikpuan Norafita binti Mansor dan Cikpuan Mimi Roszainah binto Rose Othman mentor dari kategori Fesyen & Jahitan serta Cikpuan Khairunnisa Saidah binti Ahmad, Cikpuan Nur Liyana binti Abd Malek, Cikpuan Nurfarah Fareena binti Auddin dan Cikpuan Nur Melati bt Mohd Hatta mentor dari kategori Makanan (F&B).
#PrezCom