
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023. 1.00pm. Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy meminta kerjasama orang ramai bagai menghubungi pihak polis sekiranya terserempak atau mempunyai maklumat tentang seorang suspek bernama Amir Shafiq Suhaimi kerana dikatikan dengan insiden mendera kanak-kanak. Pihak polis sedang mempergiat usaha memburu suspek yang berusia sekitar 31 tahun itu bagi membantu siasatan. Menurut Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy mangsa yang telahpun di hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut mengalami lebab pada kedua-daua mata, bangkak pada bibir dan lebam dibahagian belakang badan.
Sementara itu laman web portal berita Kosmo turut menyiarkan gambar suspek seperti tertera. Orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber Imej: Kosmo
#PrezCom