
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 11.30am. Belum pun turun suhu kemarahan warganet di Malaysia terhadap artis biadap, Jocelyn Chia yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menghina dan memperlekehkan Malaysia serta menjadikan insiden pesawat MH370 sebagai bahan lawak murahannya kini artis lawak Malaysia, Dr. Jason Leong pula menerima tempias kemarahan warganet di Malaysia kerana dilihat cenderong menyebelahi Jocelyn Chia. Dr Jason Leong yang membuat komen pendek di Instagram miliknya dengan hantaran berbunyi; “I love this’ yang merujuk kepada pesembahan kontroversi Jocelyn Chia serta dibalas pula oleh Jocelyn Chia dengan komen “geez people take jokes way too seriously,” telahpun memadamkan hantaran posting tersebut.
Dr. Jason Leong yang terkenal dengan sindiran tajam dan tidak beradap juga terdahulu sebelum ini pernah menyindir anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dengan mempersendakan Nurulhidayah terhadap penguasaan bahasa Inggerisnya walaupun ketika itu Nurulhidayah hanya bergurau santai.
Sementara itu selain Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam yang bukan sahaja mengecam dan membuat laporan polis terhadap Jocelyn Chia semalam, Ketua Cawangan dan AJK Bahagian UMNO Bahagian Petaling Jaya, Ahmad Fazuan bin Kamaruddin juga menyampaikan rasa kurang selesa beliau terhadap Jocelyn Chia dan berkata: ‘Terdapat banyak perbezaan diatara melawak dan mengecam atau mencaci. Tindakan Jocelyn Chia langsung tidak boleh dikategorikan sebagai lawak tetapi sebaliknya penghinaan secara terbuka kepada negara kita,’ selain tidak meminta maaf dia (Jocelyn) masih mempertahankan perbuatannya. Ini menunjukkan dia bukan melawak dan tiada rasa bersalah walaupun dia tahu warganet telah mengecam tindakannya”.
Ahmad Fazuan juga berkata yang beliau bersetuju dengan tindakan Nur Aizat untuk menghantar memorandum ke kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak permohonan maaf daripada Jocelyn.
#PrezCom