Kuala Lumpur 7 Jun 2023 8.45am. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam memberitahu pihak kerajaan akan menekankan dasar untuk mewajibkan semua projek perumahan yang diluluskan di Kuala Lumpur untuk membina kediaman mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR). Sebelum dasar baharu ini, pihak kerajaan sejak tahun 1981 lagi telah mensyaratkan untuk memastikan pemaju sekurang-kurangnya membina 30% rumah mampu milik didalam setiap projek perumahan mega mereka. Terdahulu sebelum ini juga pihak kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia telah memperkenalkan inisiatif ‘Skim Simen Rahmah’ untuk pemaju perumahan swasta mampu milik yang membangunkan rumah berharga RM300,000 ke bawah. Di bawah inisiatif ‘Skim Simen Rahmah’ satu (1) juta tan metrik simen dijual pada harga RM290 berbanding harga pasaran RM410 setiap tan metrik. Nilai sejuta tan metrik ini bersamaan dengan 20 juta kampit simen pada harga RM17.50 sekampit beranding RM22.50 sekampit mengikut nilai pasaran.

Menurut PMX secara purata Dewan Bandaran Kuala Lumpur (DBKL) menerima sebanyak 3,000 permohonan setahun bagi rumah kediaman mampu milik tetapi DBKL setakat ini hanya dapat menawarkan 300 unit sahaja. Sementara itu PMX ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berkenaan pertindihan peranan agensi-agensi perumahan berkata; ‘pihak kerajaan akan menyelaras semula agensi-agensi yang ada supaya pertindihan tidak lagi berlakuan untuk tujuan itu pihak kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa kabinet bagi menyeragamkan dan mengumpulkan semua agensi terlibat di bawah kelolaan kedua-dua timbalan perdana menteri.

#PrezCom