Kuala Lumpur, 6 Jun 2023 08:pm. Seramai 839 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat semperna Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Penglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Berikut adalah senarai pingat-pingat dan darjah kebesaran yang dikurniakan:
25 individu menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’
28 individu menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’
4 individu menerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (SDD) yang membawa gelaran ‘Datuk
33 individu menerima pingat
3 menerima darjah kebesaran Johan Setia Diraja (JSD)
116 individu dikurniakan darjah Bintan Kesatria Mangku Negara (KMN)
6 individu menerima darjah kebesaran Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD)
218 individu menerima darjah kebesaran Bintang Ahli Mangku Negara
316 menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN)
56 individu menerima Pingat Bentara Setia Diraja (BSD)

Ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang yang turut menerima penghargaan dengan menerima anugerahkan darjah kebesaran Penglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ hari ini menerima ucapan tahniah dari Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hyui Ying (anaknya) yang turut bekongsi kegembiraan menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kerana dianugerahkan darjah kebesaran Penglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ walaubagaimanapun Datuk Mohd Puad Zarkashi didalam hantaran Facebook peribadi miliknya mengingatkan Lim Kit Siang bahawa pengiktirafan pingat itu tidak bermakna pendapat seorang ‘Tan Sri’ tidak boleh disanggah.

#PrezCom